ada ke keluaran #12..aku rasa tak ada le sbb aku selalu cari kat kedai mamak yg selalu jual tu..dia kata dah lama tak ada ..tp kalau ada aku nak juga...
XMIE
Jr. Racer
Posts: 68
Rage Your Dream......!!!!
Gender:
Hai semua, Pasal majalah KKar ni, saya ada tertinggal 2-3 isu yg lepas.ni saya dengar dah keluar #12.Ada tak sapa2 yg boleh tolong saya beli majalah nie.Tolong laaa.majalah keluaran yg lepas tu, kalau dah takde stok potostat pun takpe(itupun kalau penerbit tak kisah hehe...).Bukan apa cuma dah abis cara dah nak dapatkan keluaran yg lepas tu.Kalau ada yg boleh tolong mintak la tolong.Biarlah diaorang kata majalah nie kurang kualiti, itu saya tak peduli sebab ini laa rasa2nya majalah RC dalam Bahasa Melayu (setakat yg saya tau laa, tak tau laa kalau ada yg lain).
mungkin dia ada masalah dalaman penerbitan kot. saya ni kalau pi kedai buku, pertama sekali mesti carik K KAR. malangnya dah lama tak jumpa.
hopefully, En azmi kita ni, boleh terbitkan semula K KAR ...sebab bagi saya itulah satu-satunya majalah tempatan yang memaparkan idea, pengetahuan dan maklumat yang lengkap tentang dunia rc tempatan.
erm,saya xpnah bli majalah kkar ni sebab saya baru bergiat ngan rc nih...saya nak tanya,dalam kkar tu,ade x artikel tentang kereta2 rc yang baru...kalo x ade,mayb boleh dimuatkn dalam kkar ni...xperlu la nak tunggu ade event baru kuar ke ape ke kan..at least ade gak info kepada sesape yang nak bli kereta baru atau newbie cam saya ni...thanks....
tuan Azmi ada mengeluh semasa di JB MNC, kenapa orang lama yang main RC tak berapa berminat dengan KKar, mereka sanggup membeli majalah luar katanya lebih standart... Kesian yek, nilah masalah orang malaysia, sekarang proton pun dah nak dipulaukan productnya oleh orang ramai yang terlalu mementingkan kualiti kononnya.. jadi saya menyeru rakan semua sila promote KKar pada otai-otai lama yang anda kenal, KKar satu2nya majalah RC diMalaysia yang bebahasa Malaysia, kalau ada apa2 artikal berkaitan RC pass to him..
Assalamualaikum dan salam sejahtera (dia buat daaahhhh....) Aku antara orang yang selalu beli KKar ni, provided ada dijual kat melaka ni la. Antara masalah yang aku nampak adalah:
1. Keluar tak ikut time Aku difahamkan selalu ada masalah printing. Ada kemungkinan printing nak duit dulu le tu, tapi KKar tak cukup fund sebab langganan kurang. Pada aku ini masalah ayam dan telur ayam le ni. Orang tak banyak beli sebab lambat keluar, KKar lambat keluar sebab orang tak ramai beli, tak boleh nak rolling budget. Sepatutnya peminat hobi RC ni kena la support KKar. Tapi masalah ni berkait pulak dengan:
2. Artikel yang dirasakan kurang menarik Saya melihat masalah ini pada 2 sudut: - Untuk mereka yang berpengalaman, artikel (terutama yang berkaitan dengan teknikal) yang dipaparkan seolah-olah agak ketinggalan. Bagaimanapun KKar tidak boleh dipersalahkan sebab mereka yang berpengalaman ini boleh dikatakan dah tahu semua bab-bab teknikal ni. Ye la....kalau dah tidur RC, makan RC, mimpi RC sampai gaduh dengan bini takkan bab teknikal kau tak tau, ye tak? - Untuk beginners, kadang-kadang informasi yang ditulis agak 'keterlaluan' ataupun memetik kata-kata room mate aku: 'menate gapo dio tulih ni?? dok pehe!!'. So bila orang-orang macam ni baca tak paham, kita boleh expect ke dia beli next issue. Sebab apa tak paham? Aku rasa sebab:
3. Lenggok bahasa Aku difahamkan kebanyakan artikel yang dipersembahkan adalah hasil tulisan penggiat RC sendiri. Kita kena admit yang kita ni bukannya terer bab karang-mengarang ni. Kalau terer, dah lama dah semua jadi wartawan, tak payah nak pening-pening kepala pikir apa nak suap anak bini hari ni...tak gitu Ayah Tor (Kreator1)??. Semua sumbangan artikel itu aku rasa memang kita semua appreciate. Tapi pada aku sekurang-kurangnya KKar kena la edit agar persembahan tu lebih menarik (tak salah aku itu la tugas editor). Kadang-kadang artikel yang aku baca tu seolah-olah macam translate direct dari artikel luar negara. Tapi nak kata translate direct pun, tak macam translate...
4. Persembahan / Presentation Kita jugak perlu admit bahawa se-sengkek-sengkek kaki RC pun, kita sanggup berbelanja lebih untuk hobi kita. (Tak percaya? Tu tayar foam satu set depan belakang rm60 pakai satu malam tu apakebendanya???). Majalah luar sampai rm30 orang sanggup beli. Kenapa? Aku rasa sebab presentation dia menarik. Setiap page ada colour tu...kertas berkilat lagi. Contoh lain? kita tengok majalah-majalah hiburan. Walaupun aku rasa semua orang tau berita hiburan ni tak la se'ilmiah' mana (celebriti makan mee goreng pun nak masuk news ke???), tapi ramai orang beli majalah macam ni. Sebab apa?
Kengkawan sekalian, Aku bukannya anti KKar dan bukannya anti majalah tempatan. So far tak pernah la aku miss issue KKar ni sejak aku berkecimpung dalam hobi yang dikatakan mainan budak-budak ni (Hobi orang tua agaknya pergi dangdut kot). Cuma apa yang aku rasa, kita tak boleh nak salahkan konsumer. Kalau kita dah improved, standard dah tinggi, tapi orang tak support then baru la boleh mengeluh.... Itulah pendapat aku. Mungkin jugak aku salah......
Ruangan iklan Mau makan T-Bone Black Pepper TB02 Steak? Mau rasa MS Coleslaw? Nak tau berapa sedap Evo4 Mushroom Soup? Nantikan kemunculannya....
tuan Azmi ada mengeluh semasa di JB MNC, kenapa orang lama yang main RC tak berapa berminat dengan KKar, mereka sanggup membeli majalah luar katanya lebih standart... Kesian yek, nilah masalah orang malaysia, sekarang proton pun dah nak dipulaukan productnya oleh orang ramai yang terlalu mementingkan kualiti kononnya.. jadi saya menyeru rakan semua sila promote KKar pada otai-otai lama yang anda kenal, KKar satu2nya majalah RC diMalaysia yang bebahasa Malaysia, kalau ada apa2 artikal berkaitan RC pass to him..