Pak Ya
MARCC
Pro Racer
Posts: 603
Pengerusi, Perak Auto RC Racing Association
Gender:
Kita semua perasan dak bila perlumbaan RC tiada, forum di QDrace ini dan RCtech sepi aje. Mengapa ya?
Perasan dak bila habis race FEMCA dulu semua nak buat statement masing2. Berkobar-kobar semua nak buat yang terbaik selepas ini. Kepada mereka ini sudah ke memulakan langkah pertama untuk memperbaiki dunia RC Malaysia?
Kepada mereka yang pandai menyatakan bahawa FEMCA ini lebih utama dan segala acara RC lain perlu dihentikan, sekarang kemanakah anda. FEMCA sudah tamat, MNC5 belum mengumumkan tarikhnya. Tahun baru dah sampai, MNC macam mana?
Kami di Perak masih active, kalau nak join datanglah, tapi di Lapangan letak kereta aje.
« Last Edit: 02 January 2006, 02:19:32 AM by Pak Ya »
Nampaknya semakin hangat topik ni. Ada yang cakap pasal race event, ada yang kecoh pasal hadiah, organizer pening kepala kena caci maki dan macam-macam lagi.
Saya rasa kekawan semua bawak bertenang. Keep on smilling. Kalau ada yang mengadu pasal hadiah itu hadiah ini saya rasa tidak boleh menyalahkan pengajur semata-mata. Ini kerana kos untuk menganjurkan race bukanlah sedikit. Kadang kala saya lihat ada racers yang mengadu pasal hadiah tak cantik la, apa la. Tapi penganjur sebenarnya ingin meminimakan kos pengajuran. Kalau nak hadiah cantik dan mahal susah la melainkan racer tersebut pergi tempah sendiri guna wang saku sendiri. Dengan penyertaan yang sedikit serta yuran penyertaan yang boleh di anggap murah sekitar RM40-50 bagaimana pihak penganjur ingin memberikan hadiah yang terbaik. Di tambah pula kadangkala dengan makanan di sediakan. Saya rasa hadiah wang tunai tidak perlu di dalam sukan ini buat masa ini. Yang penting sekarang perlu memantap dan memperluaskan lagi sukan RC ni terlebih dahulu. Kalau rasa-rasa ada organizer yang ada $$ lebih tu boleh la berikan hadiah tunai. Kadangkala hadiah tempat 1..2..3 pun dalam sekitar 200-300 jer tapi semangat racer nak masuk tue bukan main lagi. Tapi kadangkala pelik jugak bila ada sesetengah racer tu tak pernah menang pun tempat 1..2...3 dalam any Main kategori tapi dia punya boikot taknak masuk race yang tidak menawarkan $$ bukan main lagi.
Saya rasa dengan keadaan suasana RC lanie apa kata segala persatuan or kelab RC bergabung tenaga dan berbincang untuk melantik wakil mereka masing-masing untuk membuat proposal ke Kementerian Belia dan Sukan. Jika hobi RC ini telah mendapat pengiktirafan kerajaan nescaya akan wujud pelbagai kemudahan lain. Dari hobi main RC ke sukan RC.
Ketepikan dahulu personal interest. Nescaya bila kerajaan telah membuka mata mereka akan ada sedikit upah penat untuk anda. Pada RC Racers yang rasanya boleh menerajui serta mempunyai contact-contact yang dapat membolehkan perkara ini menjadi kenyataan apa kata anda-anda semua mengorak langkah menerajui wakil-wakil kelab serta persatuan RC yang lain demi manafaat bersama rakan-rakan RC yang lain.
Jika negara-negara lain boleh melakukannya mengapa tidak kita.
Pada senior-senior RC.. berikan pendapat, bergabung tenaga pada junior-junior RC ni. Ramai orang yang inginkan jawatan tetapi adakah dirinya mampu melaksanakan !! ReNuNGLaH
wah... ko memang genius... aku selaku senior ko bagi respek giler laaaaaaa... keep it hard man!!!
ComputerMan
Newbie
Posts: 44
Be Prepared Your Time And Laps Will Be Recorded !!
Gender:
aSSaLaMuaLaiKuM... saLam SeJaHTeRa aLL !!
Nampaknya semakin hangat topik ni. Ada yang cakap pasal race event, ada yang kecoh pasal hadiah, organizer pening kepala kena caci maki dan macam-macam lagi.
Saya rasa kekawan semua bawak bertenang. Keep on smilling. Kalau ada yang mengadu pasal hadiah itu hadiah ini saya rasa tidak boleh menyalahkan pengajur semata-mata. Ini kerana kos untuk menganjurkan race bukanlah sedikit. Kadang kala saya lihat ada racers yang mengadu pasal hadiah tak cantik la, apa la. Tapi penganjur sebenarnya ingin meminimakan kos pengajuran. Kalau nak hadiah cantik dan mahal susah la melainkan racer tersebut pergi tempah sendiri guna wang saku sendiri. Dengan penyertaan yang sedikit serta yuran penyertaan yang boleh di anggap murah sekitar RM40-50 bagaimana pihak penganjur ingin memberikan hadiah yang terbaik. Di tambah pula kadangkala dengan makanan di sediakan. Saya rasa hadiah wang tunai tidak perlu di dalam sukan ini buat masa ini. Yang penting sekarang perlu memantap dan memperluaskan lagi sukan RC ni terlebih dahulu. Kalau rasa-rasa ada organizer yang ada $$ lebih tu boleh la berikan hadiah tunai. Kadangkala hadiah tempat 1..2..3 pun dalam sekitar 200-300 jer tapi semangat racer nak masuk tue bukan main lagi. Tapi kadangkala pelik jugak bila ada sesetengah racer tu tak pernah menang pun tempat 1..2...3 dalam any Main kategori tapi dia punya boikot taknak masuk race yang tidak menawarkan $$ bukan main lagi.
Saya rasa dengan keadaan suasana RC lanie apa kata segala persatuan or kelab RC bergabung tenaga dan berbincang untuk melantik wakil mereka masing-masing untuk membuat proposal ke Kementerian Belia dan Sukan. Jika hobi RC ini telah mendapat pengiktirafan kerajaan nescaya akan wujud pelbagai kemudahan lain. Dari hobi main RC ke sukan RC.
Ketepikan dahulu personal interest. Nescaya bila kerajaan telah membuka mata mereka akan ada sedikit upah penat untuk anda. Pada RC Racers yang rasanya boleh menerajui serta mempunyai contact-contact yang dapat membolehkan perkara ini menjadi kenyataan apa kata anda-anda semua mengorak langkah menerajui wakil-wakil kelab serta persatuan RC yang lain demi manafaat bersama rakan-rakan RC yang lain.
Jika negara-negara lain boleh melakukannya mengapa tidak kita.
Pada senior-senior RC.. berikan pendapat, bergabung tenaga pada junior-junior RC ni.
Quote
Ramai orang yang inginkan jawatan tetapi adakah dirinya mampu melaksanakan !! ReNuNGLaH
Kepada CapAyam: Mungkin anda perlu menghalusi sedikit komen & pendapat. Niat kita lain, kekadang org yg membacanya tersalah faham.
Terima kasih saudara Jamal di atas nasihat ini. Itulah yang mungkin menjadi kelemahan diri saya.
Quote
CapAyam, kalau nak join RCAC bukan kah cuma mereka yang tinggal atau lahir di KL sahaja boleh jadi ahli layak masuk AGM. Saya kalau tinggal di KL memang dah lama jadi ahli.
Saya telah menyemak Perlembagaan RCAC tetapi tidak menjumpai sebarang 'clause' yang menyebut tentang perkara ini. Seperti yang saya katakan, saya juga tidak berapa mahir dalam urustadbir RCAC tetapi apa yang saya perhatikan, terdapat juga ahli-ahli dari luar KL yang menjadi ahli RCAC dan perkara ini tidak pernah mendapat teguran daripada Pendaftar Pertubuhan.
Quote
Apa yang saya faham tentang apa yang dibicara oleh CapAyam ialah keinginan semua memajukan RC dengan menguna RCAC sebagai "Authorized Vehicle"
Benar. Ini adalah disebabkan beberapa keistimewaan yang telah sedia ada pada RCAC. Mungkin ada di antara anda semua yang telah sedia maklum. Ianya cuma perlu digunakan dengan sebaiknya.
Quote
dan jika AJK menjadi penghalang sanggup melepaskan untuk for the betterment of everyone.
Juga benar demi kebaikan komuniti kita bersama.
Quote
But it is not as simple as that. AJKs are elected members and new AJKs must be elected again. Bukan boleh buy over, ini bukan Corporate Company. Apa yang saya tahu, which I may be wrong, AJKs are members who have (not just show) good leadership, administrative and managment skills.
Benar. Perlantikan AJK yang telah berlaku di dalam AGM sememangnya merupakan satu perkara yang sudah berlalu. Walaubagaimanapun, perlantikan baru akan dan mesti berlaku pada tahun hadapan. Itulah sebabnya saya merayu agar semua komuniti r/c sedar bahawa kita perlu bergerak di atas tiket RCAC. Oleh itu, jadilah ahli dan bertandinglah secara sihat di dalam AGM yang akan datang.
Terus terang saya katakan bahawa saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi selama saya berkempen agar komuniti r/c pada masa kini dapat bersatu dan bergerak di atas tiket RCAC. Secara jujur saya nyatakan bahawa saya hanya sayangkan RCAC dan tidak lebih dari itu.
Bagi mereka yang mengenali saya, cuba anda semua renungkan, apa yang saya dapat dengan semua ini dan apa pula ruginya saya jika saya tidak membuat semua ini.
Quote
cadang jadikan RCAC Malaysia..
Salah satu daripada impian saya untuk menyatukan komuniti r/c tetapi buat masa ini, saya kurang berupaya.
Quote
(dulu sombong )
Bukan sombong tetapi takut dan rasa rendah diri melihatkan jersi yang anda pakai pada masa itu kerana anda kelihatan seperti seorang 'sponsored driver Serpent'.
TaWiLz™
Pro Racer
Posts: 627
ohok... ohok... ohok!!!
Gender:
Brader Rosdi... ok... nampak pack gak budjet ko yer... biasa laaaaa... orang lama (lebih lama dari aku) lebih paham tentang semua ni... hmmm... memang tak nafikan belanja memang besar...
aku dengan bangganya pun bentangkan jugaklah budjet race aku dulu... aku amik contoh race yang dimodalkan oleh aku dan konco konco aku sendiri... takde sponsor dari mane mane pihak... 100% duit poket sendiri...
Jenaris Race Event 1 (suku tahun pertama 2003).
piala (3 kategori x 10 piala) : RM310 hamper (3 kategori x 8 ) : 100 air mineral kecik (2 karton) + selotep + cat spray 1 tin + tape merah putih (aku pun taktau ape bende tu) dan sedikit makanan untuk para marshal : 100 saguhati untuk Pengerusi taman tu + marshal : 150
campur tolak tendang sepak terrajang = RM 660
tu la serba sedikit bentang budjet (tanpa sponsor) drag race...
Rosdi™
Administrator
Pro Racer
Posts: 1,329
Angry Machine
Gender:
Bagi pihak qd-race.com, pihak saya cuma telah terlibat 3 event secara langsung dan akan ke-4 (Nosram).
Ketiga-tiga event tiada untung langsung, malahan telah keluar duit poket sendiri. Namun begitu, event mesti diadakan untuk menyambut permintaan racer. Lagi pula, sekiranya tiada event, r/c mungkin akan tenggelam begitu sahaja.
Keuntungan event mungkin boleh dibuat oleh hobby shop kerana:
1. Close race 2. Mempunyai sistem sendiri 3. Mempunyai track sendiri
Organizer seperti saya, yang mana lebih kepada open race, hanya simpan dalam hati saja.
Saya juga sudah "serik" nak buat race disebabkan tiada modal. Planning selepas Glenmarie race dulu, nak buat Nite Race, namun, apabila budget dibuat - perlu RM lagi.
Nosram race hanya disebabkan sponsor - itupun bukan tinggi RMnya. Mau tak mau, event mesti diteruskan.
Saya berikan kos yang mungkin terlibat:
1. Sistem - RM500.00 2. Track - RM300.00 - RM500.00 3. PA system - RM100.00 4. Piala - RM500.00 (A - E Main) 5. Makan minum - RM250.00 (50 orang) 6. Lain-lain - RM300.00 (termasuk petrol dan persiapan lain)
Pukulrata, mau ada RM2,000.00 Peserta - 50 orang x RM40.00 = RM2,000.00
Satu pihak ada pengalaman, satu pihak ada sokongan kuat dari pihak ke-3. Macam tuan tanah dan bank.. . Bekerjasama antara satu sama lain, baru projek atau misi yg dihajatkan boleh terlaksana. Soal siapa yg akan mengetuai misi tersebut kita boleh bincangkankan bersama. Ketua perlu ada. Cuma masa yg akan menentukannya (bila dah tiba masa ) . Tak payah gaduh-gaduh. Bak kata bapak kita masa kecik-kecik dulu : Jangan gaduh2, main sama2.
pak ya.. kedua-dua tokoh rc ni saya kenal la sesangat, pada pndapat dua kupang saye la mision dua parties ni same cuma haluan berbeza... yg satu nak pegi penang nak naik bas, dan satu lagi nak gi penang naik ketapi laju... motifnya ke satu destinasi... CapAyam mmg saye respect dgn komitment die bekerja dan nak naikkan martabat rc sejak saye kenal die dari 90an lg (dulu sombong ) dan die tahu nak tunaikan tggungjawab yg diberi dan die akan buat dgn kemampuan seadenya.. harap jgn cpat putus asa... Double R mmg saye salute + respect dgn mission dan idea utk mmbangunkan rc, dgn care kerje yg trsusun dan rapi (saye peratikan mase preparation utk MPPP race) dan sggup mngorbankan mase dan wang ringgit utk rc!! link dan connection yg die ade pun mmg mncerahkan mase depan rc malaysia! beri peluang kedua2 ni utk bersatu, dan bekerja, kite support kedua2nya... barulah akan nmpak cahaya dalam RC!!
cap itek
Intermediate
Posts: 245
hobbizone racing team...
Gender:
Quote
Apa yang baru terjadi tadi sudah menjadi kebiasaan dalam forum ini. Saorang bagi pendapat kemudian saorang lagi menjawab. Salah tulis menyengor hati marah. Tetapi semua yang ada disini memang bersemangat untuk majukan RC. Tetapi cara nya berbeza. CapAyam sudah ada base, Double R ingin memulakan base baru.
pak ya.. kedua-dua tokoh rc ni saya kenal la sesangat, pada pndapat dua kupang saye la mision dua parties ni same cuma haluan berbeza... yg satu nak pegi penang nak naik bas, dan satu lagi nak gi penang naik ketapi laju... motifnya ke satu destinasi... CapAyam mmg saye respect dgn komitment die bekerja dan nak naikkan martabat rc sejak saye kenal die dari 90an lg (dulu sombong ) dan die tahu nak tunaikan tggungjawab yg diberi dan die akan buat dgn kemampuan seadenya.. harap jgn cpat putus asa... Double R mmg saye salute + respect dgn mission dan idea utk mmbangunkan rc, dgn care kerje yg trsusun dan rapi (saye peratikan mase preparation utk MPPP race) dan sggup mngorbankan mase dan wang ringgit utk rc!! link dan connection yg die ade pun mmg mncerahkan mase depan rc malaysia! beri peluang kedua2 ni utk bersatu, dan bekerja, kite support kedua2nya... barulah akan nmpak cahaya dalam RC!!
cap itek
Intermediate
Posts: 245
hobbizone racing team...
Gender:
Quote
CapAyam, kalau nak join RCAC bukan kah cuma mereka yang tinggal atau lahir di KL sahaja boleh jadi ahli layak masuk AGM. Saya kalau tinggal di KL memang dah lama jadi ahli.
cadang jadikan RCAC Malaysia..
Quote
My suggestion here untuk semua (whole Malaysia) RCAC (being the old timer here) initiate a meeting of all enthusiast throughout Malaysia for a meeting. Maybe a day before a major race. Lets talk about forming a Malaysian RC Road Racing Association
.
ini yang saye tunggu2 sgt..
« Last Edit: 01 May 2004, 02:45:17 AM by cap itek »
TaWiLz™
Pro Racer
Posts: 627
ohok... ohok... ohok!!!
Gender:
Assalamualaikum wbt.
well... i know what you're thinkin' right now... bagi aku sebagai seorang racer dan juga penganjur bangga atas idea idea yang bernas serta merepek korang tu... apa yang korang bentangkan kat sini aku respek habis laaaaaaaaaa... sekurang kurangnya korang (bagi orang lama kat sini) faham apa yang pernah aku utarakan dulu... keep on going beb!!!
disebabkan aku pun dah jarang masuk so aku tak dapat la ape ape perkembangan baru secara 100%... tapi sekurang kurangnya i'm happy while other people standing fight. bukan untuk berpecah belah tapi bagi BUKAK minda sesaper yang sempit tu.
untuk penganjur penganjur yang tengah HOT sekarang ni... respek pengorbanan peserta. PLEASE... Do not think PROFIT you'll get. yang penting race yang dianjurkan berbaloi kepada peserta dan juga penganjur yang terlibat... Tempat selesa, game berjalan dengan baik dan paling penting, komunikasi sesama penganjur dan peserta. banyak bekas bekas penganjur yang dah 'bengkok' kerana demand. ambik ni jadi pengajaran.
But also for RACERS... tak kira baru atau lama... Kalau asyik nak nak duit je... aku cadangkan baik tak payah main RC. main la layang layang ke (tu pun nak keluar duit gak)... aku faham spare part mahal... tapi kerana harapkan hadiah tunai la menyebabkan sukan ini rosak... ini akan menyusahkan penganjur yang 'low budjet'. aku pernah pergi ke satu tempat... disebabkan hadiahnya terus terang aku kate tak berbaloi langsung... mereka yang turun tak ramai... boleh kira pakai jari. kalah pun dapat bawak balik hadiah. Kesian aku tengok. cuba kalau korang alami perkara ni?... sapa nak disalahkan?.... this is called 'RC Corruption Community'... orang orang yang terlalu pentingkan duit perosak sukan RC ni. malahan apa apa sukan sekalipun.
Maybe agak laser gak ayat aku tapi jangan lupe... I'm RC RACER and also RC RACE ORGANISER.
Assalamulaikum Jamal D'Maz, I accept what you said and am cool about it .
Please don't misunderstand me, I am not trying to memecah belah or gain sides for support as my love for the sport is over whelming ... Nothing anybody can say or do will change how much I love the sport ... I am only one out of the many RC players in Malaysia. I only want to enjoy the hobby in a better environment and if I can contribute I will ... for those who personally know me will vouch for that.
To be involved in the Hobby is great but not to forget the financial constrain the Hobby requires. Current situation only the allows those with strong finances to stay on, others will tenggelam timbul but still cameback to the Hobby due to the love of the Hobby ... some will just fade away and for some may only be a dream...never to materialze.
What I am saying is I would like to make a change if I can, don't know if I can but if given the chance & support I want to make it happen.
My 1st. attempt was together a group of freinds to help me organize an event in Penang....syukur alhamdullilah all went as planned (this shows that getting the right group & commitment works) It took me 6 weeks of flying to and fro Penang in order to make this event sucessful...nobody asked me how much I had spent but how much I earned although I was sad but the reward was when I saw all my fellow RC colleauges went home with a smile on their face....that was what I actually earned. I even cameback with a broken toe but I was very happy to see the smiles & laughter.
I sat all alone at the back during the finals and thru out the prize giving with a smile on my face and a good feeling inside and told my self that ... you should be proud of what you have set to do and accomplished.
I thank all that gave me the support & encouragement without you guys .... MavicRR, Cap itek, Cap ayam, computerman, Nan and especially to all that took time & effort to come for the race ...I wouldn't have been able to pull it off.....from the bottom of my heart A BIG THANK YOU. I will continue to share my ideas & effort should all involve feel that I am needed.
LETS UNITE FOR THE SAKE OF RC IN MALAYSIA
« Last Edit: 01 May 2004, 12:05:40 AM by DOUBLE R »
Pak Ya
MARCC
Pro Racer
Posts: 603
Pengerusi, Perak Auto RC Racing Association
Gender:
Apa yang baru terjadi tadi sudah menjadi kebiasaan dalam forum ini. Saorang bagi pendapat kemudian saorang lagi menjawab. Salah tulis menyengor hati marah. Tetapi semua yang ada disini memang bersemangat untuk majukan RC. Tetapi cara nya berbeza. CapAyam sudah ada base, Double R ingin memulakan base baru.
CapAyam, kalau nak join RCAC bukan kah cuma mereka yang tinggal atau lahir di KL sahaja boleh jadi ahli layak masuk AGM. Saya kalau tinggal di KL memang dah lama jadi ahli.
Apa yang saya faham tentang apa yang dibicara oleh CapAyam ialah keinginan semua memajukan RC dengan menguna RCAC sebagai "Authorized Vehicle" dan jika AJK menjadi penghalang sanggup melepaskan untuk for the betterment of everyone. But it is not as simple as that. AJKs are elected members and new AJKs must be elected again. Bukan boleh buy over, ini bukan Corporate Company. Apa yang saya tahu, which I may be wrong, AJKs are members who have (not just show) good leadership, administrative and managment skills.
My suggestion here untuk semua (whole Malaysia) RCAC (being the old timer here) initiate a meeting of all enthusiast throughout Malaysia for a meeting. Maybe a day before a major race. Lets talk about forming a Malaysian RC Road Racing Association.
I will be there if invited under the banner of Perak RC Association.
Satu lagi perkara: Mengenai hadiah dlm satu-satu perlumbaan RC. Ada yang tak kisah dgn hadiah, ada yg pentingkan hadiah wang tunai dan berbagai2 lagi.
Pada saya, masa berubah mengikut keadaan: Hobi semasa dahulu adalah semata-mata hobi. Perbelanjaan dilakukan utk kepuasan 'berhobi'. Tidak mengharapkan wang ringgit sebagai balasan.
Hobi sekarang ni, "aku habiskan duit banyak utk RC ni, takkan bagi hadiah trofi je? Nak beli spare part dgn apa? Hadiah duit... CIPUT! Baik aku tidur/pergi makan kenduri/tengok wayang" dan bermacam2 lagi komen yang diluahkan.
Jadi, sebagai mengambil 'jalan tengah', penganjur terpaksa menyediakan hadiah wang tunai sebagai umpan utk menarik ramai peserta. Kalau sedikit jumlahnya, banyak trofi boleh disediakan, malah boleh cover semua peserta! Cuma masalahnya, ada jugak yg komplen "Duit Ciput!".
Bila hadiah wang tunai lumayan, trofi terpaksa dikurangkan & ada yg terpaksa pulang dgn tangan kosong.
Jadi, persoalannya, sikap "SEMUA AKU NAK! Hadiah wang tunai lumayan, trofi beso-beso, ada cabutan bertuah, makan minum ditanggung, yuran murah" perlu dikikis.
Setelah mengikut perkembangan didalam topik ini, yg menuju kearah 'kesalahfahaman', saya ingin mengingatkan members semua agar mengambil sikap terbuka & positif.
Masing2 mempunyai pendapat & pandangan sendiri, tidak semestinya sama tapi masih tetap serupa, iaitu ingin melihat RC maju DAN makmur.
Kepada Double R: Bertenang & relax. Apa yg saya faham tentang apa yg CapAyam katakan tidak menunjukkan kes 'menuding jari' atau 'personal attack'. Hanya pandang jujur & ikhlas, tanpa selindung, tanpa prejudis.
Kepada CapAyam: Mungkin anda perlu menghalusi sedikit komen & pendapat. Niat kita lain, kekadang org yg membacanya tersalah faham.
Kepada semua: Saya sendiri belum menjadi ahli kpd mana2 kelab atau persatuan. Ini adalah sebab peribadi. Peralatan RC pun selamat di'lupuskan'. RC adalah hobi, tapi pekerjaan adalah periuk nasi. Perlu didahulukan yang penting.
Namun begitu, demi cinta saya terhadap RC, saya masih kemari, ke forum tersayang ini. Walau tak dpt menyertai mana2 aktiviti racing seperti dulu, tapi saya masih mahu mewujudkan 'hubungan' dgn hobi ini.
Saya meminta agar members semua menarik nafas yang panjang & fikirkan yang mana patut, yang mana realistik & yang mana mustahil. Ambil sikap terbuka, beri pendapat yang membina & bukakan minda utk menerima pendapat orang lain.
Peringatan: RC Kereta merangkumi beberapa kategori, Gas Powered (Onroad & Offroad) & Eletrik Powered (Onroad & Offroad). Kedua2 kategori perlu diberi perhatian, walau macamana berbezanya ia. Tidak perlu expert dlm mana2 kategori utk menganjurkan perlumbaan utk mana2 kategori (contoh: RCCC, yg mula menganjurkan race utk GP pada race mereka yg akan datang). Yang penting, peraturan perlu diselaraskan mengikut kategori. Format perlumbaan juga perlu difikirkan yang mana sesuai.
In reply to Pak Yah's comment ...I would like to lead the way ...can I get all the support from the community?
Quote
Who are you refering to?....if so may I ask.
Kepada anda. Ini adalah berdasarkan kenyataan awal yang anda berikan. Apa yang saya maksudkan disini adalah jika anda mahu menjadi penggerak utama dalam proses menyatukan komuniti r/c pada masa kini yang penuh dengan pertikaian.
Quote
Lets be realistic here .... how to move without financial backing anyway who is going to leave their 9 to 5 job and concentrate on RC when there is nothing there to secure their families ... as I mentioned earlier LETS BE REALISTIC about the thing. No offends .... thats why only the HOBBYSHOPS yang jadi main players in organizing races.
Saya bersetuju dengan pendapat ini tetapi ramai di kalangan komuniti r/c yang lain tidak boleh menerimanya kerana seperti yang saya katakan tadi, mempunyai kelulusan 'PHD' (Perasaan Hasad Dengki) dengan keuntungan orang lain walaupun ianya tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan yang diberi.
Quote
....now who are you refering to pulak ni???
Kepada sesiapa yang mengetuai sesebuah persatuan atau kelab dan menganjurkan pertandingan r/c di atas tiket persatuan atau kelab dan di dalam jangkamasa yang panjang beliau mempunyai agendanya yang tersendiri tetapi lupa tentang kepentingan ahli-ahli di dalam persatuan atau kelab itu sendiri yang juga telah sama-sama menyumbang untuk merealisasikan impian ini.
Quote
.... was there any indication at any one time, that someone is going to challenge your post or any other post in RCAC?.....Nodoby ask you to resign from your post nor ask you to convience any office bearers to so. My comments & intentions is PURELY FOR ALL OF US INVOLVE IN RC AND ALL I HAVE DONE AND AM DOING IS JUST TO BENEFIT US THE RC COMMUNITY.
Dengan sebenar-benar ikhlas, saya nyatakan bahawa penyandang-penyandang jawatan di dalam RCAC pada masa kini adalah orang-orang yang sayangkan RCAC sekaligus sayangkan komuniti r/c tidak lebih daripada itu. Kami semua bukanlah benar-benar mahir di dalam pengurusan persatuan atau kelab dan juga dunia r/c amnya tetapi kami semua telah menjadi ahli kepada kelab RCAC dengan tujuan untuk cuba bersatu.
Terus terang saya katakan, apa yang saya harapkan sebenarnya adalah supaya anda juga dapat menjadi ahli kepada RCAC seterusnya dapat memberikan sumbangan kepada dunia r/c di Malaysia kerana saya yakin, anda akan dapat membawa perubahan kepada RCAC seterusnya komuniti r/c dan untuk itu, anda perlu menjadi penggerak utama kepada RCAC. Saya akan menyokong anda dan berusaha untuk memastikan perkara ini berlaku jika anda benar-benar mahu r/c ini bersatu di bawah kelab. Selepas daripada itu, saya akan sedaya upaya membantu anda untuk misi ini.
Terlebih dahulu, saya memohon maaf sekiranya kenyataan saya ini mungkin jika anda lihat dari satu sudut seperti satu tunjuk ajar yang hendak diberi. Bukanlah niat saya seperti maksud pepatah 'Seperti ketam yang hendak mengajar anaknya berjalan lurus' tetapi sebenarnya itulah bantuan yang boleh saya berikan untuk anda jika mahu 'lead the way'.
Quote
TELL ME IF YOU WANT ME TO BACK OFF, I WILL GRACIOUSLY DO SO
Saya tidak mahu anda menyokong saya kerana jika anda yang menyokong saya, saya akan dilihat seperti ketua sedangkan saya kurang berkemampuan. Apa yang saya inginkan adalah saya yang menyokong anda sebagai seorang ketua.
Quote
So for the sake of RC in Malaysia, I once again ask ... LETS UNITE FOR THE BETTER OF RC IN MALAYSIA.....who wants to second me??? I am opened for suggestion.
Saya.
Mungkin terkadang apa yang cuba saya sampaikan tidak memberikan gambaran sebenar untuk maksud kata-kata saya itu. Saya akui, sejak dari dulu lagi, itulah yang menjadi kelemahan diri saya. Jadi saya rasa anda serba sedikit telah mengenali diri saya dan tiada salahnya jika perbincangan serta perancangan dapat dibuat untuk komuniti r/c ini bersatu. Itu pun jika anda bersetuju.