cap itek
Intermediate
Posts: 245
hobbizone racing team...
Gender:
Diharap tahun ni ada wakil dari EP keran RCAC bukan kelab untuk GP ahj yg selama ini disalah anggap... semoga dgn kehadiran wakil EP dalam RCAC dapatlah mmbuat series utk EP pulak next year...
AHLI-AHLI KELAB AUTO RADIO KONTROL, KUALA LUMPUR (RADIO CONTROL AUTO CLUB, KUALA LUMPUR)
Tuan,
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2003 KELAB AUTO RADIO KONTROL, KUALA LUMPUR (RADIO CONTROL AUTO CLUB, KUALA LUMPUR)
Merujuk perkara di atas, sesuai dengan Fasal 7 (3) Perlembagaan Kelab Auto Radio Kontrol, Kuala Lumpur (Radio Control Auto Club, Kuala Lumpur), adalah dengan ini dimaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan akan diadakan pada 11 April, 2004 bersamaan dengan hari Ahad jam 2.30 petang bertempat di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :-
1. Memilih Pengerusi Mesyuarat. 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu. 3. Membentangkan Laporan Tahunan 2003. 4. Membentangkan Penyata Kewangan Tahunan 2003. 5. Memilih Pegawai-Pegawai berikut :- • Presiden • Timbalan Presiden • 5 Orang Ahli Jawatankuasa 6. Memilih Dua Orang Pemeriksa Kira-Kira Dalam. 7. Membincangkan Usul-usul (jika ada).
Sekian.
Yang benar,
MUHAMAD SHAHRIMAN RAMLI Setiausaha Kelab Auto Radio Kontrol, Kuala Lumpur (Radio Control Auto Club, Kuala Lumpur)
s.k. 1. Presiden Kelab Auto Radio Kontrol, Kuala Lumpur (Radio Control Auto Club, Kuala Lumpur)
Quote
Ni soalan tak berapa pandai... nak attend AGM ni kena jadi ahli RCAC ke? Teman belum jadi ahli....
Mereka yang masih belum menjadi ahli juga dijemput hadir sebagai pemerhati dan segala cadangan-cadangan yang diutarakan adalah sangat dihargai.
Setelah penerangan diberi dgn panjang lebar oleh Sariman, aku harap ramai yg terbuka hati utk menjadi ahli nanti. Jgn tanya apa yang ahli dpt dlm jangkamasa pendek, fikirkan jangkamasa panjang... seperti lampu limpah (utk 'nite race'), trek yg bermutu (onroad & offroad), lebih banyak pertandingan dan sebagainya.
Bila dah ramai ahli, bermacam2 perkara boleh diusulkan & pihak berkuasa & penaja tidak akan teragak2 kalau melihat kpd bilangan ahli yang ramai.
PS: Aku berpeluang berlumba di trek lama disebelah Kompleks Sukan tu. Design tidak begitu mencabar sebagaimana design trek sekarang.
Pernah ditegur oleh pihak sekolah disitu kerana bunyi kereta mengganggu bebudak sekolah.
Kelab Auto Radio Kontrol, Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan nama RCAC (Radio Control Auto Club, Kuala Lumpur) telah diasaskan pada tahun 1978 dan didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan pada 30 Mei, 1980 di bawah Akta Pertubuhan, 1966 melalui inspirasi peminat-peminat kereta kawalan jauh khusunya di sekitar Lembah Klang pada masa itu. Kelab RCAC adalah merupakan di antara kelab berdaftar yang terawal bagi sukan/hobi kereta kawalan jauh dan telah menjadi perintis selama lebih dua dekad yang lalu.
Tujuan penubuhannya adalah bagi memperkembangkan lagi sukan/hobi ini kepada semua golongan khususnya di Malaysia di samping mencari kawasan-kawasan baru yang sesuai untuk dijadikan litar.
Di sepanjang penubuhannya, kelab telah banyak melibatkan diri di dalam penganjuran pertandingan kereta kawalan jauh samada diperingkat kelab mahupun di peringkat antarabangsa.
Kelab RCAC pada masa sekarang bergiat aktif di dalam sukan/hobi ini serta menjadi nadi penggerak kepada aktiviti-aktiviti kereta kawalan jauh khususnya di Litar Taman Tasik Titiwangsa.
AHLI JAWATANKUASA BAGI SESSI 2003/2004
Bil Nama Jawatan
1. Meor Azmi Bin Meor Ayob Presiden 2. Fauzi Bin Hassan Timbalan Presiden 3. Muhamad Shahriman Bin Ramli Setiausaha 4. Sharif Tuah Bin Tajuddin Bendahari 5. Nik Othman Bin Nik Lah AJK 6. Ahmad Khuzaini Bin Zainuri AJK 7. Zaidi Bin Zaki AJK
SEJARAH RINGKAS PENGLIBATAN RCAC DI DALAM AKTIVITI KERETA KAWALAN JAUH DI TAMAN TASIK TITIWANGSA
Mengikut penjelasan daripada beberapa orang pengasas awal RCAC, permainan kereta kawalan jauh khususnya di Litar Taman Tasik Titiwangsa telah bermula secara formal sejak tahun 1981 dengan mendapat restu daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pada masa itu, litar sementara (‘temporary track’) kereta kawalan jauh yang pertama di Taman Tasik Titiwangsa telah dibina di kawasan gelanggang tenis bersebelahan dengan Kompleks Sukan (Cafeteria).
Di dalam tahun 1987, melalui permohonan RCAC serta bantuan dan kelulusan daripada pihak DBKL, satu litar tetap (‘permanent track’) yang baru telah dibina bersebelahan dengan tempat letak kereta Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa. Litar ini telah digunakan selama lebih kurang 13 tahun sebelum ianya direnovasi sepenuhnya oleh pihak DBKL pada tahun 2000. Sehingga kini, litar kereta kawalan jauh di Taman Tasik Titiwangsa ini masih lagi berfungsi dengan baik serta menjadi nadi penggerak kepada aktiviti kereta kawalan jauh khususnya bagi peminat-peminat kereta kawalan jauh di kawasan sekitar Lembah Klang. Keunggulan litar ini memang tidak boleh dinafikan lagi kerana lokasinya yang amat menarik serta menjadi tumpuan wargakota pada setiap hujung minggu atau hari-hari kelepasan am.
Litar kereta kawalan jauh Taman Tasik Titiwangsa juga telah terkenal di seluruh Malaysia kerana ianya telah banyak melahirkan jaguh-jaguh kereta kawalan jauh yang mana ada di antara mereka kini telah telah menjadi jaguh-jaguh di peringkat dunia.
Di sepanjang tempoh penglibatan RCAC di dalam aktiviti kereta kawalan jauh di Litar Taman Tasik Titiwangsa, penggunaan litar adalah tidak hanya dihadkan kepada ahli-ahli sahaja bahkan ianya juga terbuka kepada semua pemain yang juga bukan ahli. Sehingga kini, RCAC hanya sekadar memantau aktiviti kereta kawalan jauh di litar agar ianya dapat berjalan dengan sebaik mungkin.