cap itek
Intermediate
Posts: 245
hobbizone racing team...
Gender:
series race RCAC pusingan pertama 1/10 onroad gas dan 1/8 onroad baru selesai ptg tadi dgn jayenye... harap sariman boleh postkan result dlm racing & event...
Pacuan 4 roda (4WD). Hanya kotak gear dengan maksima 2 transmisi kelajuan dibenarkan. Enjin .12 ci (2 lejang). Saiz karburator adalah tidak melebihi 5.50mm. Berat minima kereta tanpa minyak dan transponder adalah tidak kurang daripada 1,725.00 gram. Isipadu tangki minyak termasuk saluran minyak, penapis minyak dan sebagainya tidak melebihi 75.00 milimeter padu. Jenis badan (body shell) adalah terbuka. Jenis tayar adalah terbuka. Jenama minyak adalah terbuka tetapi tertakluk kepada hanya 25.00% kandungan metanol.
Memandangkan kepada masalah yang dihadapi oleh peserta di dalam kategori 1/10 Gas On-Road untuk mematuhi peraturan pertandingan yang dihitamkan di atas, setelah berbincang pada 27/04/2004, maka Jawatankuasa RCAC telah bersetuju untuk mengabaikan peraturan ini bagi pertandingan yang akan diadakan pada 01/05/2004 dan perlaksanaan ke atas peraturan ini akan diputuskan kemudian.
cap itek
Intermediate
Posts: 245
hobbizone racing team...
Gender:
pak ya... vespa skang pun dah mahal... dah ble dpt serpent 950R siap max engine lagi.... .. remote antik tu ade simpan lg tak? nak buat display kat kedai la...
Nota-nota am kepada pertandingan (hendaklah dibaca bersama-sama jadual pertandingan)
sambungan
4. Hadiah pertandingan
Kesemua hadiah pertandingan adalah berbentuk piala atau cenderamata. Tiada sebarang hadiah tunai yang akan diberikan kepada pemenang bagi semua pertandingan yang dijadualkan di atas.
Kategori 1/10 Gas On-Road A Main Tempat pertama hingga kesepuluh B Main Tempat pertama hingga kesepuluh C Main Tempat pertama hingga kesepuluh D Main Tempat pertama hingga kelima Top Qualifier
Kategori 1/8 Gas On-Road A Main Tempat pertama hingga kesepuluh B Main Tempat pertama hingga kelima Top Qualifier
Kategori 1/8 Gas Buggy Off-Road A Main Tempat pertama hingga kesepuluh B Main Tempat pertama hingga kelima Top Qualifier
Setiap kategori GP di atas mempunyai sebuah piala pusingannya yang tersendiri. Piala pusingan ini akan diserahkan secara sementara kepada pemenang pertama di dalam kumpulan A (A-Main) setiap kali GP diadakan sehinggalah tiba ke GP yang berikutnya untuk dipertaruhkan kembali. Walaubagaimanapun, hanya pemenang yang merupakan ahli dan telah menjelaskan yuran tahunannya sebelum hari pertandingan sahaja yang akan dibenarkan untuk membawa pulang piala pusingan ini. Jika tidak, piala pusingan ini akan disimpan oleh Kelab Auto Radio Kontrol, Kuala Lumpur (Radio Control Auto Club, Kuala Lumpur) untuk dipertaruhkan di dalam GP yang akan datang.
5. Peraturan pertandingan Spesifikasi teknikal
Kategori 1/10 Gas On-Road
Pacuan 4 roda (4WD). Hanya kotak gear dengan maksima 2 transmisi kelajuan dibenarkan. Enjin .12 ci (2 lejang). Saiz karburator adalah tidak melebihi 5.50mm. Berat minima kereta tanpa minyak dan transponder adalah tidak kurang daripada 1,725.00 gram. Isipadu tangki minyak termasuk saluran minyak, penapis minyak dan sebagainya tidak melebihi 75.00 milimeter padu. Jenis badan (body shell) adalah terbuka. Jenis tayar adalah terbuka. Jenama minyak adalah terbuka tetapi tertakluk kepada hanya 25.00% kandungan metanol.
Kategori 1/8 Gas On-Road
Pacuan 4 roda (4WD). Hanya kotak gear dengan maksima 2 transmisi kelajuan dibenarkan. Enjin .21 ci (2 lejang) Saiz karburator adalah tidak melebihi 9.00mm Berat minima kereta tanpa minyak dan transponder adalah tidak kurang daripada 2,525.00 gram. Isipadu tangki minyak termasuk saluran minyak, penapis minyak dan sebagainya tidak melebihi 125.00 milimeter padu. Jenis badan (body shell) adalah terbuka Jenis tayar adalah terbuka Jenama minyak adalah terbuka tetapi tertakluk kepada hanya 25.00% kandungan metanol.
Kategori 1/8 Gas Buggy Off-Road
Pacuan 4 roda (4WD). Hanya kotak gear dengan maksima 1 transmisi kelajuan dibenarkan. Enjin .21 ci (2 lejang) Saiz karburator adalah tidak melebihi 9.00mm Berat minima kereta tanpa minyak dan transponder adalah tidak kurang daripada 3,200.00 gram. Isipadu tangki minyak termasuk saluran minyak, penapis minyak dan sebagainya tidak melebihi 125.00 milimeter padu. Jenis badan (body shell) adalah terbuka Jenis tayar adalah terbuka Jenama minyak adalah terbuka tetapi tertakluk kepada hanya 25.00% kandungan metanol.
6. Peraturan pertandingan Am
Di sepanjang pertandingan dijalankan, semua peserta (kecuali peserta yang berkenaan sahaja) hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa alat kawalan jauh (transmitter) diserahkan kepada urusetia pertandingan untuk disita. Setiap peserta pada sesuatu masa hanya dibenarkan untuk mempunyai tidak lebih daripada 2 (dua) orang krew sahaja untuk berada di kawasan pit. Pada peringkat akhir (Final), sekiranya berlaku persamaan frekuensi di antara peserta, maka peserta yang berada pada kedudukan grid yang teratas sahaja akan diutamakan untuk mengekalkan frekuensinya manakala peserta yang berada pada kedudukan grid di bawah perlu membuat pertukaran frekuensi. Peserta adalah dibenarkan untuk menggunakan kereta kedua sekiranya berlaku masalah ke atas kereta utama tetapi pertukaran kereta hanya dibenarkan dibuat sebelum acara dimulakan. Peserta adalah sama sekali tidak dibenarkan membuat pertukaran kereta semasa acara sedang dijalankan. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh peserta dan krew di sepanjang pertandingan dijalankan boleh dikenakan tindakan mengikut kesesuaian yang difikirkan oleh Pengarah Pertandingan. Bagi kesalahan yang diklasifikasikan sebagai kesalahan-kesalahan kecil, peserta boleh dikenakan tindakan seperti penalti masa atau pemotongan pusingan. Bagi kesalahan yang diklasifikasikan sebagai kesalahan-kesalahan besar pula, peserta boleh dikenakan tindakan seperti disingkirkan dari acara yang sedang berlangsung atau terus dibatalkan penyertaannya atau terus disenarai hitam daripada semua pertandingan yang dijadualkan untuk sessi berkenaan oleh Kelab Auto Radio Kontrol, Kuala Lumpur (Radio Control Auto Club, Kuala Lumpur). Bagi sebarang peraturan yang tidak jelas, ianya akan dirujuk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh IFMAR (International Federation Of Model Auto Racing) sebagai garis panduan.
7. Lain-lain
Makan dan minum tengahari akan disediakan hanya untuk peserta sahaja setiap kali GP diadakan. Sebarang perubahan yang nyata dan ketara ke atas butir-butir pertandingan akan dimaklumkan secara bertulis oleh pihak Kelab Auto Radio Kontrol, Kuala Lumpur (Radio Control Auto Club, Kuala Lumpur) dan dinotiskan pada papan kenyataan di Litar Kereta Kawalan Jauh, Taman Tasik Titiwangsa. Segala perubahan berhubung pertandingan yang diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Auto Radio Kontrol, Kuala Lumpur (Radio Control Auto Club, Kuala Lumpur) adalah muktamad. Sebarang pertanyaan berhubung pertandingan bolehlah diajukan kepada :-
Muhamad Shahriman Bin Ramli Setiausaha Kelab Auto Radio Kontrol, Kuala Lumpur (Radio Control Auto Club, Kuala Lumpur) No. Tel :- 012-2552955
Nota-nota am kepada pertandingan (hendaklah dibaca bersama-sama jadual pertandingan)
1. Format pertandingan
Kesemua jenis pertandingan yang dijadualkan akan dijalankan di dalam format GP (Grand Prix) yang mana setiap pertandingan yang diadakan akan memperuntukkan mata bagi setiap 8 peserta teratas daripada Kumpulan A (A-Main) mengikut keputusan akhir yang diumumkan seperti beikut:-
Tempat pertama : 10 mata Tempat kedua : 8 mata Tempat ketiga : 6 mata Tempat keempat : 5 mata Tempat kelima : 4 mata Tempat keenam : 3 mata Tempat ketujuh : 2 mata Tempat kelapan : 1 mata
Mata-mata yang diperolehi oleh 8 peserta teratas ini pada setiap GP akan dikumpulkan serta di bawa ke GP yang seterusnya sehinggalah ke GP yang akhir. Peserta yang mendapat mata tertinggi secara keseluruhan akan diisytiharkan sebagai Juara Bagi Sessi 2004/2005.
Setiap GP akan dijalankan di dalam dua peringkat seperti berikut:-
a) Peringkat Saringan (Heat)
Kekerapan : 3 kali untuk setiap kumpulan saringan Masa : 5 minit untuk setiap kumpulan saringan (semua kategori)
b) Peringkat Akhir (Final)
Kekerapan : 1 kali untuk setiap kumpulan (Main) Masa : Kategori 1/10 Gas On-Road A Main 45 minit B Main 35 minit C Main 25 minit D Main 20 minit
Kategori 1/8 Gas On-Road A Main 45 minit B Main 35 minit
Kategori 1/8 Gas Buggy Off-Road A Main 45 minit B Main 35 minit
Walaubagaimanapun, kekerapan serta masa seperti yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada faktor cuaca atau teknikal pada hari pertandingan dijalankan.
Sekiranya sebelum peringkat akhir (Final) sempat dijalankan dan faktor cuaca atau teknikal telah menyebabkan pertandingan tidak dapat diteruskan, maka keputusan pada peringkat saringan (Heat) akan digunapakai bagi menentukan pemenang.
Sekiranya semasa peringkat akhir (Final) sedang dijalankan dan faktor cuaca atau teknikal telah menyebabkan pertandingan tidak dapat diteruskan, maka keputusan pada peringkat saringan (Heat) akan digunapakai jika pertandingan masih belum melepasi setengah daripada jumlah masa pertandingan dan jika pertandingan telah melepasi setengah daripada jumlah masa pertandingan, maka keputusan semasa sewaktu pertandingan dihentikan akan digunapakai bagi menentukan pemenang.
Tiada pengecualian ke atas mana-mana GP yang dijadualkan. Peserta adalah digalakkan untuk menyertai kesemua 6 (Enam) GP bagi memastikan pungutan mata tertinggi dapat diperolehi.
2. Syarat-syarat serta prosedur penyertaan
Peserta-peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan samada ahli atau bukan ahli adalah digalakkan untuk membuat pendaftaran awal sebaik-baiknya tiga hari sebelum tarikh tutup penyertaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehari sebelum tarikh pertandingan dijalankan. Peserta yang membuat pendaftaran pada hari pertandingan akan dikenakan denda sebanyak RM10.00. Setiap penyertaan mestilah dilampirkan bersama-sama borang penyertaan yang disediakan beserta yuran penyertaan secara tunai. Peserta adalah diwajibkan untuk mengisi borang penyertaan ini dengan maklumat yang benar. Segala butir-butir diri yang diperlukan di dalam borang ini mestilah sama seperti pada Kad Pengenalan. Borang penyertaan boleh diperolehi dari kedai-kedai kereta kawalan jauh seperti berikut:-
R.A.C.E. Sdn. Bhd. - Madam Lee Lot 128 G/F, Ampang Park Shopping Complex, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Hobbizone Sdn. Bhd. - Ikhwan 74, Jalan Beserah Off Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur.
Extreme Hobbies Sdn. Bhd. - Desmond Lam No. 1A, Tingkat 1, Jalan SS15/8A, 47500 Subang Jaya, Selangor. HPC Model Sports - Lai Kok Heng Wisma Gorasia, No. 14B, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur.
Namlee Hobby Shop - Thomas Lot 2.23, Second Floor, Atria Shoping Centre, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Semua pertandingan yang dijadualkan akan bermula pada jam 9.00 pagi. Semua peserta yang telah mendaftar mestilah berada di litar pertandingan yang ditetapkan sebelum jam 9.00 pagi bagi memastikan acara-acara yang disusun dapat dijalankan mengikut jadual. Pihak penganjur tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada peserta yang lewat tiba.
3. Yuran pendaftaran serta bayaran denda yang boleh dikenakan
Yuran pendaftaran bagi peserta yang merupakan ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan sebelum hari pertandingan - RM40.00
Yuran pendaftaran bagi peserta yang merupakan ahli tetapi masih tidak menjelaskan yuran tahunan dan juga peserta yang bukan ahli - RM60.00
Denda lewat pendaftaran - RM10.00
Denda pertukaran frekuensi bagi frekuensi yang tidak dinyatakan di dalam borang penyertaan - RM 5.00
JADUAL PERTANDINGAN KERETA KAWALAN JAUH DI BAWAH PENGANJURAN KELAB AUTO RADIO KONTROL, KUALA LUMPUR (RADIO CONTROL AUTO CLUB, KUALA LUMPUR) - RCAC BAGI SESSI 2004/2005
[size=0.5]BilTarikhKategoriTempatJenis 1. 01/05/2004 1/10 Gas On Road & 1/8 Gas On Road Seremban 2 Grand Prix 1
2. 23/05/2004 1/8 Gas Buggy Off Road Titiwangsa Grand Prix 1
3. 20/06/2004 1/10 Gas On Road & 1/8 Gas On Road Titiwangsa Grand Prix 2
4. 25/07/2004 1/10 Gas On Road & 1/8 Gas On Road Titiwangsa Grand Prix 3
5. 15/08/2004 1/8 Gas Buggy Off Road Titiwangsa Grand Prix 2
6. 31/08/2004 RESERVED Titiwangsa
7. 19/09/2004 1/8 Gas Buggy Off Road Titiwangsa Grand Prix 3
8. 03/10/2004 1/10 Gas On Road & 1/8 Gas On Road Seremban 2 Grand Prix 4
9. 28/11/2004 1/10 Gas On Road & 1/8 Gas On Road Titiwangsa Grand Prix 5
10. 12/12/2004 1/8 Gas Buggy Off Road Titiwangsa Grand Prix 4
11. 26/12/2004 1/10 Gas On Road & 1/8 Gas On Road Titiwangsa Grand Prix 6 (Akhir)
12. 01/01/2005 RESERVED Titiwangsa
13. 16/01/2005 1/8 Gas Buggy Off Road Titiwangsa Grand Prix 5
14. 01/02/2005 06/02/2005 RESERVED Titiwangsa
15. 20/02/2005 1/8 Gas Buggy Off Road Titiwangsa Grand Prix 6 (Akhir)[/size]
Jangan silap gambar ambik tahun 1984. Mungkin ada yang belum lahir dan mungkin ada yang berhingus lagi. Kalau dah main RC tak ada masa nak pegang Vespa.
Vespa tak main le... kami tiga beradik main Honda masa tu. Depa berdua main Honda Accord, aku Honda Cupcai 80!
Quote
Yang didepan saya itu (berjambang) Master Flyer Yusuf Md Hassan. Dia itu sekarang ada bukak kedai RC (plane) di Alor Star. Belakang saya bekasa boss Bas Express Parit Enterprise.
Dia terkenal dgn nama 'MYHH', mesti ada tertulis pada 'wing' setiap RC Plane dia. Pernah menjadi Juara Asean utk acara 'Pylon Racing'!
Quote
Gambar nak bagi orang lama nostalgia dan yang baru tahu RC racing ni dah lama. Kalau you orang tengok radio yang hot masa tu KO Propo.
Keta RC yg popular iala Kyosho & Tamiya saja. Yg lain, belum masuk Malaysia lagi.
Pak Ya
MARCC
Pro Racer
Posts: 603
Pengerusi, Perak Auto RC Racing Association
Gender:
Jangan silap gambar ambik tahun 1984. Mungkin ada yang belum lahir dan mungkin ada yang berhingus lagi. Kalau dah main RC tak ada masa nak pegang Vespa.
Yang didepan saya itu (berjambang) Master Flyer Yusuf Md Hassan. Dia itu sekarang ada bukak kedai RC (plane) di Alor Star. Belakang saya bekasa boss Bas Express Parit Enterprise.
Gambar nak bagi orang lama nostalgia dan yang baru tahu RC racing ni dah lama. Kalau you orang tengok radio yang hot masa tu KO Propo.