Pak Ya
MARCC
Pro Racer
Posts: 603
Pengerusi, Perak Auto RC Racing Association
Gender:
Tadi siang berlangsung satu perlumbaan RC EP bawah kelolaan TKS Racing Team diacara Karnival Kebun Hospital Bahagia. Sambutan Rc racers seperti dijangkakan lebih kurang 20 orang (Die hard Ipoh Racer).
Oleh kerana sponsor (pihak AJK karnival) cuma menjanjikan hadiah tunai RM150/RM100 & RM75, tropi, hamper utk pertama hingga ketiga A main dan B main serta makan minum tgh hari para peserta, maka ini diagak lumayan untuk kita berlumba tetapi tidak cukup untuk mengunakan alat transponder.
Pada RC racers ketiadaan alat lap counting ini tidak apa asalkan dapat berlumba. Quote dari saorang peserta " OK ma, Tarak apa kita bikin ini macam training sunday di JBS, tapi ini lebih sikit bayar RM25."
Tetapi manusia merancang tuhan menentukan nya!!!
Heat dipecah kepada 4 kumpulan 5 orang. Group 1 dibatalkan selepas 1 min larian - seorang lap marshall (disediakan oleh AJK karnival tersilap kira). Dah nampak masaalah yang akan timbul - ketidak cekapan dan sahih lap counting. Organizer berbanyak mintak maaf. Group 2 keputasan yang ada tidak dapat diterima, seorang racer mendapat jumlah lap yang lebih dari pemenang heat. Lagi sekali Organizer minta maaf. Tetapi dengan semangat gentleman semua sepakat untuk meneruskannya. Hingga lah keputusan akhir selepas 3 heat masih banyak persoalan. Larian Akhir di buat macam grouping tadi Final B main group 1 dan 2 dan Final A main group 1 dan 2. Kali ini racer sendiri menjadi lap counting marshall. Tetapi masih ada keputusan yang dipertikaikan. Kerana kesilapan ini menyebabkan ada racer yang tak layak bermain dalam A main. Akhir kata saya kesian kepada organizer TKS Racing mereka letih kerana sponsor (wakil nya) menghilangkan diri dan hamper yang dijanjikan tidak tahu dimana berada dan sebagai gantinya minuman botol besar yang diberi tidak cukup untuk diedarkan kepada pemenang2. Tropi yang disediakan sama saja tanpa tanda nombor position pemenang. Wang tunai perlu tunggu hingga kepetang. Tak apa, racer masing2 ambil tropi mereka satu sorang tropi dan mengucapkan terima kasih kepada organizer dan selamat berjumpa kembali. Keputusan A main 1. Mak Wai Kong - Team Losi 2. Eddy Lee - HPI Pro 3 3. Faidzal Alang - Schumacher 4. Nana - HPI Pro 3 5. Zaidi - Schumacher 6. Mun Heen - Xray T1 R 7. Andry - Xray T1 R 8. Andrew - ? 9. Amy - Xpress 10.Jamil - Xray T1 R
Keputusan B main tak pasti kerana saya beredar kerana ia tak memberi makna kerana tropi sama dan tiada dapat hamper yang dijanjikan. Saya rasa saya 3rd B main (layak hamper) dan anak saya Md. Nur Farhan bermain Schumacher bapak saudara nya dapat 9th.
Sekian Tengelam Singh Walia melaporkan dari Ipoh, Perak.
Pak Ya
MARCC
Pro Racer
Posts: 603
Pengerusi, Perak Auto RC Racing Association
Gender:
Kerana nak support local RC yang saya tak pegi Glenmarie hujung minggu ni. Team TKS dapat offer buat race di Karnival Hopital Bahagia, TR. Kita ada bersama mereka supaya public tengok ramai pengiat2 RC dan kebanyakan nya dari kaum kita di Ipoh.
Saya masih menunggu pendaftaran baru saya mahu bergerak. Saya tak mahu mula sekarang kerana Team saya RCCC dikenal sebagai team dari Syarikat/majikan terbesar di Ipoh kalau tak di Perak. Nanti bila approach orang yang berkenaan, mereka akan perli saya balik mengapa tak minta bantuan dari Majikan saja. Yang dah tentu majikan ada priority sendiri bukan bidang RC. So saya tunggu PARCRA dan bergerak bawah naungan nya.
p/s Xray tak banyak option parts yang benificial selain dari alloy arms and c hub. Low ratio pulleys dan one way dah lama masuk.
selain dari local races, suggest buat klinik rc utk newbies and buat show races utk tarik peminat2 baru..seperti buat race kat IPT ke, shopping kompleks ke, kem2 tentera ke...
suggestion saja, supaya minat RC ni tak sejuk...harap orang yg sama aje...letih jugak...kena ada muka baru....
betul gak tuh, tak pon kena start melobi ler kat kementerian belia dan sukan untuk sediakan trek yg sesuai, mcm bebudak x-treme games dpt haa....7 gelanggang sukan ekstreem disediakan di seluruh m'sia demi untuk meningkatkan taraf sukan ekstreem kat sini, hasilnya Asian X-games bebaru ni org tempatan menang dlm acara skate....Tahniah!!
tak selesai lagi pasal pendaftaran..... panjang gak kerenahnya.... minta banyak2 bersabor.... insyaalah nanti bila selesai... kenale tumbang lembu buat kenduri..hehehehe...
apa perkembangan terbaru club? selain dari local races, suggest buat klinik rc utk newbies and buat show races utk tarik peminat2 baru..seperti buat race kat IPT ke, shopping kompleks ke, kem2 tentera ke...
suggestion saja, supaya minat RC ni tak sejuk...harap orang yg sama aje...letih jugak...kena ada muka baru....
Pihak AJK penganjur telah di ajak berbincang oleh Pendaftar untuk menukarkan nama persatuan kepada persatuan untuk Ipoh saja kerana majority ahli dari Ipoh. Nama Perak akan kami pertahankan kerana kami ada ahli dari luar Ipoh yang mana jika kami terima nama Ipoh, mereka ini akan menjadi ahli gabungan sahaja yang mana tidak dapat mengundi atau bersuara dlm apa2 mesyuarat. Kita bertekad untuk menjadi satu badan induk negeri Perak. Dengan itu masa akan menentukan nya. InsyaAllah ia akan kami usahakan.
« Last Edit: 19 February 2004, 11:12:08 AM by Rosdi™ »
Race di Perak hampir ada tiap bulan. Aturcara sudah di display dalam topik - Racing Events.
So kalau tulis disini lagi jadi double entry pulak.
Pak Ya: Thread ni utk semua aktiviti kelab, termasuk race events. Cuma ianya berupa pemberitahuan atau discussions. Bila dah confirm dan dah sahih, baru dihebahkan dalam topik Racing Events.
Mungkin ini salah satu cara utk mendapatkan kelab-kelab yang ada utk bermesyuarah tentang perkara2 bertindih (spt Pulau Batu Putih ke), jadual perlumbaan dan sebagainya. Nampaknya, kita tak boleh nak tunggu RCMRC memulakan langkah. Lihat saja apa yg terjadi bulan Februari ni, terutama 29hb, ada 3 race events yg bertindih!