tapi apa yang dah ada pada 2005 adalah MNC Buggy anjuran RCMRC, dan MNC EP kelolaan MARCC, bila kah mereka2 ni nak dapat kata sepakat, kalau nak buat MNC biar satu company aje yang buat, kerana Malaysia ada satu je kat dunia ni, jadi kalau MARCC nak kuat lagi rapatkan diri dengan kementrian B & S, mungkin itu je cara camna nak jadi betoi2 governing body....yang dihormati oleh semua racer ( mungkin kot) harap2 taun depan MARCC dah cukup berpengaruh... Amin
Pak Ya
MARCC
Pro Racer
Posts: 603
Pengerusi, Perak Auto RC Racing Association
Gender:
Ya berdoa je. Nanti datang le ia bergolek.
Letih Bigguy menulis.
Saya nak buat satu pembetulan RCMRC ialah satu CLUB yang di authorised oleh FEMCA/IFMAR untuk mengendalikan acara yang dibawah bidang kuasa (sunctioned) oleh FEMCA/IFMAR. Ia bukan governing body RC Malaysia. (Tanya Bigguy sejarah bagaimana mereka mendapat tiket IFMAR ini.) M dalam RCMRC bukan bererti Malaysia.
Untuk menjadi Governing body ia perlu ditubuhkan oleh sekurang2 nya 7 wakil Persatuan RC Negeri yang telah didaftar dengan Kementerian Belia & Sukan.
Betulkan saya jika apa saya nyatakan diatas salah.
« Last Edit: 07 November 2005, 09:27:03 AM by Pak Ya »
mr. president jika beginilah jawapan kepada pertanyaan saya, that cool.. sama2lah kita berdoa moga MNC 2006 akan dapat diadakan lagi.. cuma pergerakan ku agak terbatas taun depan, satu lagi permintaan kalau boleh jadikan MARCC lebih popular dikalangan orang luar.... hantar berita/khabar kat pengeluar2 product RC yang malaysia ada pengurusan perlumbaan rc peringkat kebangsaan.....oreyyyyyyyyyyyyyyy
Masalah utama pertubuhan RC di Malaysia ialah koordinasi dan kawalan. Pada hari tiada satu pertubuhan RC yang berdaftar sebagai "governing body". Semuanya berdaftar sebagai sosial club atau sosial association.
Usaha telah dibuat untuk menjadikan MARCC sebagai "governing body" Malaysia, tetapi KBS telah menolak permohonan itu sebab Malaysia tiada 7 persatuan negeri utk RC.
Diperingkat perhubungan antara MARCC dan RCMRC atau MARCC dengan LHS tiada masalah. Antara kami memang selalu berhubung. Sebab itu kami tahu perancangan masing-masing utk tahun hadapan. Saya sendiri sebagai wakil MARCC selalu berhubung dengan pengajur Tamiya Series untuk berbincang apa yang terbaik untuk MNC disamping kita perlu Tamiya Series untuk pembangunan RC Malaysia.
Dengan RCMRC pun tiada masalah, kerena saya sendiri adalah pengasas kepada RCMRC dan pada hari ini masih menjadi ahli berdaftar. Tiada masalah untuk berbincang dengan RCMRC. Begitu berbincang dgn LHS sebab mereka adalah kenalan baik saya.
Untuk sesuatu "hubungan" itu menjadi satu "perkahwinan", ia mesti berlandaskan prinsip & aspirasi yang sama lagi konsisten. Banyak yang dirancang dan apa yang dirancang tidak semesti berjaya. Begitu juga suatu "perkahwinan" tidak semesti yang menjadi. Itulah sebabnya satu governing body untuk RC wajib untuk mentadbir RC dari peringkat tertinggi.
Sebenarnya asas MARCC adalah gabungan racer, LHS dan kelab RC. Pada permulaan ia amat kukuh tetapi banyak faktor menjadikan ia longgar dan akhir sekali hanya beberapa LHS dan kelab RC yang masih bersama MARCC. Yang tinggalkan MARCC membawa haluan sendiri. Saya rasa tidak payah nak tulis panjang. Ini semua boleh rujuk :
Thread di atas menghuraikan semua usaha semasa penubuhan MARCC.
Sejarah dan pengalaman banyak mengajar kita tentang senario RC Malaysia pada hari ini. Tidak semudah apa yang dicadang untuk membaiki senario ini & usaha sebelah pihak sahaja tidak boleh menyelesai kemelut ini.
Insyaallah, kami di MARCC akan cuba buat terbaik untuk membaiki keadaan. Harap mereka yang membaca disini juga faham dengan apa yang dibincang.
« Last Edit: 01 November 2005, 12:11:10 PM by BigGuy »
mmm... apa yang saya maksudkan begini Malaysian National Championship mestilah dibuat oleh salah satu pertubuhan, takkan nak sampai 2 pertubuhan yang buat, nanti janggal tu, sebab tu sila buat kepastian pada yang berkenaan, jika MARCC yang buat pastikan RCMRC tak buat, atau jika masih bercanggah, ini cadangan lagi, RCMRC governing body untuk gas RC dan MARCC governing body untuk EP RC, tak kira apa jenis scale.. peace ...
Apa perbezaan di antara MARCC dan RCMRC ? Kedua-duanya berfungsi sebagai pertubuhan "governing body" dan mengguna pakai peraturan pentadbiran Society Act 1966. Yang membeza kedua-duanya adalah RCMRC adalah affiliate kepada FEMCA. Jadi kelebihannya adalah sesiapa yang menjadi ahli kelab boleh mengambil bahagian di dalam race anjuran IFMAR dan FEMCA.
Jika MNC hendak dilaksana melalui RCMRC, RCMRC akan menggunakan pendekatan yang sama seperti MARCC, iaitu menawarkan MNC kepada penganjur bebas dan seterusnya mengawal selia race tersebut dari pengawasan R & R. Ini telah dilaksanakan untuk MNC mereka bagi buggy 1/8 scale pada tahun ini. Jadi apa bezanya dengan MARCC.
RCMRC akan menyerahkan pengurusan kewangan race MNC kepada penganjur yang dilantik dan akan mengenakan sanction fees seperti yang sama dengan MARCC. Untuk makluman semua, tahun ini MARCC telah memberi "waive" kepada semua penganjur sebagai insentif tahun pertaman MNC.
Jadi masalah utama penganjuran satu sirkit iaitu MASALAH mendapatkan KEWANGAN dan mendapat penyertaan ramai masih tidak dapat diselesaikan. Perkara ini telah sama berlaku kepada LRP Cup & Xenon Championship 2004. Begitu juga sirkit MNC RCMRC Buggy 1/18 pun susah untuk mendapat peserta.
Kalau MNC EP dicadangkan dibawah pentaddbiran RCMRC, apa yang berlaku pd sirkit racing 2004 & tahun ini masih akan berulang. Pada akhir tahun akan timbul lagi soalan "Is EP Dying ?".
Kalau melalui RCMRC kita semua boleh bertanding diperingkat antarabangsa, tapi mengapa untuk mendapat penyertaan FEMCA pada bulan Disember ini, RCMRC sukar untuk mendapat penyertaan tempatan ? Jadi sebagai kesimpulan walaupun RCMRC sendiri yang menganjur RCMRC, masalah yang dihadapi tahun ini oleh MARCC masih tidak dapat diselesaikan. MNC 2005 juga dianjur dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dlm sirkit-sirkit yang dianjur pada tahun 2004.
Jadi memang benarlah masalah utama yang mesti diselesaikan terlebih dahulu ialah untuk mendapat sumber kewangan dan penyertaan yang ramai.
Tamiya Series pula mungkin dapat menyelesaikan masalah di atas. Dari segi mendapat sumber kewangan ianya kukuh. Untuk race Novice tidak menjadi masalah. Tetapi lokasi dan acara yang dianjur mungkin tidak dapat memenuhi class EXPERT yang menggunakan motor modified.Tamiya series telah dicadangkan untuk dianjur secara indoor di dalam komplex membeli belah. Walaubagaimana pun masalah ini boleh di atasi jika dibuat control ke atas motor modified.
Apa yang diulas di atas boleh kita fikirkan sama untuk kita menjadi panduan untuk berbincang mengenai hala tuju MNC.
« Last Edit: 30 October 2005, 09:35:42 AM by BigGuy »
1. Siapa yang mahu menganjurkan MNC 2006? 2. Dimana akan ia diadakan - Utara/Tengah/Selatan ? 3. Di track permanent sahaja ke? 4. Pembiaan? -
Quote
ini cadangan.. disebabkan RC EP yang longlai MNC perlu dibuat secara teliti, persetujuan terlebih dahulu dari LHS atau RCMRC, ini kerana LHS ada racer sendiri dan RCMRC pula telah melakukan kerja yang agak baik untuk racer malaysia bertanding keluar...khabarnya nak buat MNC jua.. betulke??... camna pula dengan Tamiya sieries.... ayuh renungkan bersama... peserta berkemungkinan orang yang sama... penat nanti tu... ( kocek). jadi sebelum benda ni berpecah belah dan meletup, baik buat perancangan awal , DI KL diminta mr presiden berhubung dengan mereka2 yang saya maksudkan (RCMRC),, perak sudah tentu otainya Pakya, Johor saya uruskan... personaly saya tak akan support lagi jika ada percanggahan/ pertindihan tarikh pertandingan.. ini baru cerita pasai EP RC belum lagi RC lain... kalau semua org dah setuju baru lah pikir pasai nak buat race.....MNC 2006...
As always, money is the key/problem here. For the show to go on, deposits must be collected to :-
1. to help the organisers pay for the facilities 2. ease the preparation of prizes,food,race scheduling etc. 3. make sure the individual racer makes an effort to attend the race.
« Last Edit: 29 October 2005, 05:50:19 PM by TireCAnotEnough »
Jika Norex Exb confirm, maka tarikh 19 & 20hb November 2005 adalah tarikh pertandingan. Tempat : Tambun Lost World. Ipoh. Penganjur pula RCCC.
Jika tak jadi Norex, Rd 5 akan di jalan pada minggu pertama January 2006. Tempat samada Glenmarie atau Titiwangsa. Penganjur adalah gabungan independent organiser . Gabungan penganjur akan mula buat kerja untuk persediaan Rd 5 di Lembah Kelang apabila NOREX diconfirmkan tak jadi.
Tidak timbul masalah RD 5 2005 tidak akan dianjurkan. Cuma menantikan confirmation Norex. Tu saja.
Arah tuju utk 2006 penting untuk tujuan perancangan. Racer juga perlu tahu apa persediaan hendak buat untuk tahun hadapan. Kalau kita lihat semua pengajur race seperti Tamiya Series, RCMRC & LHS sudah mula mengatur langkah utk 2006. Kita tidak mahu tercicir. Kita mahu feedback racer supaya apa yang mereka cadang dapat kita pertimbangkan dan laksana pada 2006. Jika racer tak berminat lagi dgn MNC kita harap mereka nyatakan dgn ikhlas sebab kita boleh sama-sama ambil langkah seterusnya.
Jadi berilah pandangan anda agar kami disini boleh memberi khidmat.
wahh panas gak topik ni.. sori lambat campur tangan, busy .... semalam baru menerima berita sedih, nenekku telah pergi selamanya... kita yang hidup kena teruskan,,, macam juga mnc ni.... fikirkan MNC 5 dulu baru mnc 2006... , ok jumpa lagi selamat hari raya maaf zahir batin...
Ini adalah Bye Line yang saya mulakan semasa tercetusnya MNC & MARCC.
Apa maksud ayat ini ? Apa-apa saja berkenaan MNC & MARCC adalah sebenarnya adalah berdasar kepada kehendak, permintaan dan mengambil kira keadaan semasa racer Malaysia. Undang-undang MNC, penganjuran MNC & kawal selia MARCC adalah bermula dari peringkat akar umbi RC iaitu - racer.
Ia berbeza dgn race FEMCA, race LHS dan Race Pengeluar RC. Race ini semua bukan ikut selesa racer tempatan tetapi lebih kepada promosi,"positioning" untuk market dan ada nilai kormesial. R & R dan penganjuran MNC pula mengambil kira faktor kewangan, geography dan faktor semasa tempatan. Itu sebabnya MNC ada EXPERT, Novice, Top 40 List, Guna tayar extra untuk A Main, BodyShell terbuka janji 4 pintu, Open Rubber Tyre & insert, Register & Bayar Last Minute, dll lagi.
Kalu kita betul-betul amati MARCC tu dari kalangan racer. Penganjur RCCC & KRCC pun racer. Yang jaga transponder pun racer. Taukeh LHS spt Eric Chow, Suah, Jessel, David, Thomas pun racer.
Nak bagi contoh, macam mana wujud EXPERT, NOVICE, Top 40 List, Guna tayar extra utk A Main. Semuanya adalah perbincangan lepas jamuan Makan Xenon race di kedai Suah. Yang ada hari tu Yokomo Team, Baracudda Team, semualah. Lepas bincang call Pak Ya pulak. Maka jadilah R & R MNC. Lepas posting bincang di Forum qd-race. Dan 1 February 2005 Kita dapat R & R MNC yang kita guna pakai untuk MNC.
Jadi MNC dan MARCC bukan Bigguy atau Pak Ya yang buat, tapi racer tempatan yang buat. MARCC hanya jadi secretariat je. Kalau racer tidak mahu MNC apa yang kita hendak buat. MARCC pun diwujudkan oleh racer. AJK protem yang ada sekarang pun racer sendiri yang pilih semasa mesyuarat penubuhan MARCC.
Well ...... saya akan tetap racing, insyallah Bulan December saya dgn kawan Yokomo Team akan wakil Malaysia dalam pertandingan ulung antarabangsa FEMCA di Kota Raja Kelang. Mana yang saya mampu untuk majukan RC Malaysia saya kan buat yang terbaik.
OK ... Selamat Hari Raya. Jumpa semula lepas Raya.
« Last Edit: 28 October 2005, 04:12:11 PM by BigGuy »
Apa khabar semua ? Sudah lama tidak masuk forum. Bukan tidak mahu berforum dan berdiskusi tetapi masa tidak mengizinkan dan kekurangan kecanggihan IT di site office.
First of all, sebenarnya MNC ini meriah. Racer yang ambil bahagian majoritynya puas hati dengan penganjuran. Kita faham ada juga yang tidak puas hati - ITU adalah asam garam di mana-mana pertandingan. Kita bukan perfect.
Masalah utama MNC bukannya format pertandingan atau R & R. Ianya lebih menjerumus kepada hal-hal berkenaaan penganjuran dan kewangan. Jika ada wang semuanya boleh jadi.
Dari pusingan 1 hingga pusingan 4, pengajur MNC tidak kira RCCC, qd-race & KRCC mempunyai masalah utama iaitu KEWANGAN. Kita tidak mahu menekan peserta dengan membayar yuran yang tinggi dan juga tidak mahu menekan peserta untuk membuat bayaran awal.
Dari segi perancangan, memang blueprint MNC sudah dirancang rapi, tetapi disebabkan MASALAH Kewangan yang dihadapi oleh penganjur banyak permintaan MARCC tidak dapat ditunai sepenuh. MARCC juga tidak mahu menekan pihak penganjur kerana kami faham tentang keadaan mereka. Oleh yang demikian kami juga kena turun padang bersama-sama pihak penganjur untuk memastikan MNC berjalan lancar.
Sejak dari awal telah dinyatakan MARCC bukan penganjur MNC tetapi satu AJK yang menjadi "governing body" kepada pertandingan MNC. MARCC yang akan memilih penganjur yang layak. Tidak secara langsung penganjur ini adalah wakil MARCC.
Pokok pangkal semuanya ialah KEWANGAN.
Persoalannya kenapa masalah nak dapat kewangan ?
MARCC, PARCRA dan pihak penganjur sendiri adalah non-profit organisation. Pertadbiran dan gerak kerja pihak ini semua adalah secara sukarela. Semuanya telah berdaftar dibawah Society Act 1966 sebagai badan sosial atau badan rekreasi. Di bawah akta ini tidak ada klausa yang menyatakan sesiapa yang menderma mendapat potongan cukai dari pihak kerajaan melainkan permohonan di buat kepada LHDN. Permohonan memang boleh dibuat tetapi ianya mesti melalui pendaftar pertubuhan. Terdapat banyak kerenah birokrasi yang perlu dilalui. Jadi untuk mendapat bantuan kewangan yang besar ianya akan mengambil masa yang lama sedangkan untuk bergerak bantuan KEWANGAN perlu disalurkan segera. Jika tidak pihak penganjur perlu mengeluarkan wang sendiri sebagai pendahuluan.
MARCC, PARCRA, RCCC, KRCC dan qd-race bukannya ada sumber kewangan. Jadi kapital kepada apa-apa penganjuran mesti dikeluarkan dari kantung individu-individu yang terlibat. Jadi jika sponsor tidak tepat janji atau menarik sokongan, maka individu-individu ini semua akan menanggung kerugian.
Ada orang buat hujah "WANG YANG KUTIP DARI YURAN BOLEH TAMPUNG SEMUA...". Sebenarnya hujah ini tidak tepat jika jumlah peserta sedikit. Mari sama-sama kita lihat bagaimana kewangan suatu pertandingan dibuat :
BELANJA -----------
1. Sewa track satu hari : RM 600 2. Sewa transponder : RM 400 3. Hadiah untuk 50 orang (RM 8 satu): RM 400 4. Makan & minum utk 60 orang (RM 5 satu) : RM 300 5. PA System : RM 100 6. Tenaga Kerja termasuk logistik (5 orang) : RM 250 7. Stationary dll - RM 100 8. Kelengkapan lain - RM 200
Jumlah : RM 2350
Katalah jumlah ini berdasarkan jumlah peserta yang sudah pledge untuk datang sebanyak 30 untuk expert dan 20 untuk novice. Kita kenakan yuran RM 50. Jumlah yang akan dikutip ialah sebanyak RM 2500. OK kalau semua datang, dan penganjur dapat RM 150 untung kasar, itu pun belum ditolak pelbagai belanja sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
Skrg kita ambil senario MNC Rd 4, jumlah yang dibelanja adalah seperti yang di atas, tapi yang datang hanya 24 orang untuk expert dan 13 untuk novice. Ramai yang tarik diri last minute, jadi siapa yang tanggung rugi. Sudah tentu penganjur yang RUGI dan pengajur bukannya mereka yang punya syarikat besar atau mempunyai kewangan yang kukuh.
Kesimpulan, jika penganjuran MNC mempunyai wang yang kukuh maka apa sahaja yang ingin dilaksana, hadiah besar, dll boleh dicapai. Mari kita sama-sama renungkan.
Soalannya seperti EVOGO tanya, siapa yang bunuh MNC ? Tepuk dada tanya diri sendiri .... Untuk 2006 Apa kita hendak buat ? Apa sahaja hendak buat kita terlebih dahulu mesti dapatkan sumber KEWANGAN.
Bigguy
« Last Edit: 28 October 2005, 04:14:03 PM by BigGuy »
Jadi haruskah MNC dibunuh begitu sahaja ? Siapa yang menjadi pembunuhnya ? Bukankah kita sendiri yang membunuh MNC ? Mungkin benar.....
Tidak kiralah samada nak buat Tamiya Series atau RCMRC Series. Sirkit yang ini berbeza dgn MNC kerana MNC untuk semua racer di Malaysia dan utk semua golongan racer. Ia memberi peluang kepada semua untuk berkumpul dan berlumba. Ia bukan untuk mendapat keuntungan dan bukan untuk mencari kuasa & populariti. Racer yang ada masalah ekonomi pun boleh ambil bahagian. Itu sebabnya racer MNC ramai yang nampak macam "orang kampung". Ya, "orang kampung" yang ingin maju dan diberi peluang utk berlumba. Semua diberi sama peluang dan tidak ada dasar diskriminisasi.
Jadi kita wajib berfikir samada nak bunuh MNC atau menghidupkan MNC. Yang buat rosak hanya perkara kecil, bukannya besar. Kita boleh selesai macam adik-beradik.
OK kita selamatkan MNC. Macammana?
1. Siapa yang mahu menganjurkan MNC 2006? 2. Dimana akan ia diadakan - Utara/Tengah/Selatan ? 3. Di track permanent sahaja ke? 4. Pembiaan? -
Saya kecewa bukan kerana pertengkaran adik beradik tetapi kerana saya tengok semangat adik beradik sendiri sudah berkurangan. Kita nampak gunong sahaja dihadapan bukan berusaha mencari jalan pintas. Tetapi menambah ranjau disepanjang jalan. Seperti kata EVOGO bukan Pak Ya sahaja yang berusaha untuk MNC ada lain main players. Ada ramai lagi yang boleh step into my old shoe. But mind you I am not retiring from RC.
Saya berasa orang diluar akan berkata "TENGOK, AKU DAH KATA DAH MNC INI TAK AKAN BERTAHAN LAMA"
Buat masa terdekat saya akan lebih aktif di negeri Perak dengan PARCRA sebagai kenderaan saya.
Saya akan teruskan perjuangan RC saya disana - EP FUN RUN. Ingat lagi dak dalam tahun 2003 MERDEKA FUN RUN
« Last Edit: 07 November 2005, 01:37:43 AM by Pak Ya »
Untuk pengetahuan semua, MNC adalah satu kerjasama berbagai pihak. MNC dan MARCC adalah idea yang dicetus oleh Bigguy. Bigguy juga adalah penggerak utama di dalam pendaftaran dan penubuhan RCMRC. Semasa beliau menjadi protem presiden RCMRC, FEMCA telah memberi mandat kp RCMRC sebagai wakil Malaysia. Bigguy telah mengambil initiatif bersama Pak Ya untuk mengumpul LHS, wakil kelab/persatuan RC, pelumba & pengemar RC untuk duduk di bawah satu bumbung selepas RD 2 LRP CUP di Track Subang Speedway. Dari situ lahirlah MARCC dengan diteraju oleh
Pengerusi : Bigguy (Zul Yazid) Setiausaha : Edwin Lee AJK dipilih : Rosdi Ahmad, Pak Ya, Nik Shamsudin AJK dilantik : Jamal DMAZ
MARCC diberi mandat oleh semua yang hadir pada hari itu untuk menyelia perlumbaan RC kebangsaan khasnya EP disamping menyedia dan mendaftar MARCC sebagai "governing body" RC Malaysia. Untuk bergerak diperingkat awal secara sah, MARCC diletakkan "sementara" dibawah PARCRA sebagai AJK Khas.
UNtuk makluman semua sebenarnya penganjur MNC dipilih khas oleh MARCC. MARCC telah menggubal R & R utk MNC dan juga telah memberi garispanduan bagaimana MNC perlu dianjur. Kerja-kerja pentadbiran MARCC diketuai sendiri oleh Bigguy dan dibantu dari belakang oleh AJK terutamanya Pak Ya dan Jamal. Edwin Lee pula banyak menumpu dlm usaha menggubal perundangan & pendaftran MARCC. Rosdi pula banyak tertumpu kepada pentadbiran forum ini.
Menurut cerita para racer Bigguy membuat banyak PR & banyak kali turun padang berjumpa dengan Racer & LHS utk mendapat feedback tentang kemahuan mereka utk MNC. Lebih-lebih dia adalah seorang racer yang aktif. Antara cetusan yang diimplementasi adalah TOP 40 list, Kelas Novice & Expert, Pengguna Tayar, Car scrutiny, Point System & dll. Kalau kita baca dlm forum MNC berevolusi dari perbincangan Racer & LHS.
Pengajur MNC bukan sahaja Pak Ya tetapi qd-race (Rd 2) & KRCC (Rd3). Pak Ya sebagai orang senior banyak memberi khidmat nasihat kepada pengajur lain di atas kapasiti beliau sebagai AJK MARCC.
Disamping itu juga initiatif membawa badan penyiaran telah diusahakan oleh :
Pak Ya - Rd 1 (Radio Malaysia Ipoh) qd-race - Rd 1 & Rd 2 (radio ERA) Bigguy, KRCC, Kak Okid - Rd 4 (RTM)
Kalau kita lihat MNC bukanlah Pak Ya seorang sahaja yang terlibat, tetapi sebenarnya lebih besar rangkaiannya. Dari racer, pentabiran MARCC, penganjur, LHS, sukarelawan, sponsors, badan penyiaran hinggalah keperingkat VIP. Semuanya ada dlm MNC.
Jadi haruskah MNC dibunuh begitu sahaja ? Siapa yang menjadi pembunuhnya ? Bukankah kita sendiri yang membunuh MNC ? Mungkin benar.....
Tidak kiralah samada nak buat Tamiya Series atau RCMRC Series. Sirkit yang ini berbeza dgn MNC kerana MNC untuk semua racer di Malaysia dan utk semua golongan racer. Ia memberi peluang kepada semua untuk berkumpul dan berlumba. Ia bukan untuk mendapat keuntungan dan bukan untuk mencari kuasa & populariti. Racer yang ada masalah ekonomi pun boleh ambil bahagian. Itu sebabnya racer MNC ramai yang nampak macam "orang kampung". Ya, "orang kampung" yang ingin maju dan diberi peluang utk berlumba. Semua diberi sama peluang dan tidak ada dasar diskriminisasi.
Jadi kita wajib berfikir samada nak bunuh MNC atau menghidupkan MNC. Yang buat rosak hanya perkara kecil, bukannya besar. Kita boleh selesai macam adik-beradik.
Harap kita semua insaf dan mari kita sama hidup kan dunia RC Malaysia tak kira EP atau GP, onroad atau offroad, QD atau skala lain.
Jumpa di MNC5? Ya, kalau ia menjadi. Tapi kalau saya belik2 dan ditenung2 entah le. Bagi saya mengabihkan boras aje. Sia2 saja kalau berusaha bukan pasal tak dapat untung ni kena kutuk ada le.
Kuih Raya?? Kuih Raya Haji???
Kencing Manis saya dah lama dah semenjak 1997 lagi dah ada. Memang makanan dikawal kalau idah dah lama maki hamun orang kalau terangin.
Orang akan ingat perkara kecil yang tak elok sahaja bukan perkara besar yang memberi keuntungan kepada semua. Sekarang semua kena berpandang kearah Tamiya atau RCMRC pula. Mungkin ini akan membawa benda2 yang lebih indah.
Dear Pak Ya, What ever you have done is the most wonderful thing ever in RC Malaysia at this momen (EP). even there's a hick-up its the Asam Garam and it will colour your memories. I agree (not all) with Paklan that different people have different mentallity (summary).
Tamiya or RCMRC may be big but we won't now. May be it will be better or it can be worst coz who are the players . the same person with same mentallity. One thing that MNC (especially PakYa sorry to others coz' at this moment I only know Pakya) have done, You are the Pioneer (so I called DRIVER's RACE) the country (EP).
MNC have their own class and other race like Tamiya etc...have their own class. Without the races, EP will go down.
Jumpa di MNC5? Ya, kalau ia menjadi. Tapi kalau saya belik2 dan ditenung2 entah le. Bagi saya mengabihkan boras aje. Sia2 saja kalau berusaha bukan pasal tak dapat untung ni kena kutuk ada le.
Kuih Raya?? Kuih Raya Haji???
Kencing Manis saya dah lama dah semenjak 1997 lagi dah ada. Memang makanan dikawal kalau idah dah lama maki hamun orang kalau terangin.
Orang akan ingat perkara kecil yang tak elok sahaja bukan perkara besar yang memberi keuntungan kepada semua. Sekarang semua kena berpandang kearah Tamiya atau RCMRC pula. Mungkin ini akan membawa benda2 yang lebih indah.
Will This be the End Of MNC...
Just Pray Hard that it turns the other way round Guys coz it doesn't seems to look good...
Pak Ya.....Pak Ya.....jangan terlalu salah anggap,tolong kurangkan makanan manis.Jumpa di MNC 5 dan jangan lupa kuih raya.
Jumpa di MNC5? Ya, kalau ia menjadi. Tapi kalau saya belik2 dan ditenung2 entah le. Bagi saya mengabihkan boras aje. Sia2 saja kalau berusaha bukan pasal tak dapat untung ni kena kutuk ada le.
Kuih Raya?? Kuih Raya Haji???
Kencing Manis saya dah lama dah semenjak 1997 lagi dah ada. Memang makanan dikawal kalau idah dah lama maki hamun orang kalau terangin.
Orang akan ingat perkara kecil yang tak elok sahaja bukan perkara besar yang memberi keuntungan kepada semua. Sekarang semua kena berpandang kearah Tamiya atau RCMRC pula. Mungkin ini akan membawa benda2 yang lebih indah.
« Last Edit: 27 October 2005, 08:37:32 AM by Pak Ya »
Kita skrg sudah ada ranking dan standing. Dari sini apakah tujuan kita ? Yang utama apakah haluan kita untuk tahun hadapan ?
Persoalannya untuk tahun hadapan apakah MNC akan ada lagi ? Jika kita membaca di forum RCTech & qd-race, banyak pihak ingin menganjur sirkit RC. Antaranya Tamiya Series & RCMRC National Championship. Jika semua ini berlaku apakah MNC anjuran MARCC akan mendapat sambutan ? Sudah tentu semua racer susah untuk membuat pilihan.
Jadi mengapa tidak kita sama-sama berbincang di dalam satu thread baru untuk perancangan MNC untuk tahun depan. Di sini saya ingin menjemput PARCRA, RCCC, KRCC, wakil Tamiya Series, wakil RCMRC, LHS, pembaca qd-race, racer, pihak sukarelawan RC untuk memberi pandangan agar tahun hadapan MNC anjuran MARCC tidak luput.