Tu la, sendiri yang cari susah. Saya sudah ajar macamana nak guna theme YaBB SE untuk interface lama. Tak ada baca ke?
OK dah jumpa...
Cara nak tukar layout forum: Go to "Profile" -> Cari "Modify Profile" disebelah kiri -> Klik "Look and layout preference" -> Cari "Current Theme" -> Klik "change".
ComputerMan
Newbie
Posts: 44
Be Prepared Your Time And Laps Will Be Recorded !!
Gender:
saLam
Ingin berkongsi sedikit pengetahuan entah boleh diguna pakai logiknya untuk forum ini.
Masalah spammers yang berlaku di setiap forum kini menjadi satu masalah yang besar dan memenatkan pada Admin or Moderator. Ini berikutan ada pihak yang menghantar spammers untuk tujuan JAHAT atau mengacaubilaukan sesuatu forum tersebut (dengki la ni..).
Ini ada beberapa cadangan yang pernah saya lihat di lelain forum dan tindakan yang mereka ambil.
1. Hanya pendaftaran dari e-mel ISP atau domain syarikat sahaja dibenarkan (Maknanya e-mel free as yahoo or hotmail dan lelain tak diterima untuk register as member forum.) Dengan cara ini mudah bagi pihak ADMIN untuk banned user or tidak accept posting sekiranya spamming dilakukan oleh mereka. Tapi..kena ditimbang betul-betul kerana bukan semua ada e-mel ISP dan domain. (Tapi rasanya semua orang ada Streamyx or dial-up..so ada la e-mel ISP kan..kan..)
2. Admin / Moderator akan mengkaji dahulu posting ke forum melalui posting yang diforwardkan ke e-mel ( register la e-mel lain yang free khas untuk tujuan filtering jangan suruh sistem forward yang korang selalu guna untuk urusan rasmi so..tak pening campur aduk). Apabila mendapat posting melalui e-mel tersebut..akan ada button approved or reject..so.. hanya posting yang approved by ADMIN or Moderator sahaja yang akan tertera ke Forum.. secara tak langsung akan jimatkan space. Tapi..ADMIN or Moderator tak boleh la terlampau tegas...kira ala kadar la.. cuma posting yang melampau jer la block. Tapi cara ini perlulah komitmen yang sedikit tinggi dari biasa kerana posting akan hanya di papar apabila mereka approved sahaja. Kira ada delay time skit la.
3. Filter la perkataan yang di rasakan melampau atau lucah. Maknanya tak boleh posting mencarut or link website 'kegemaran 18SX' yang akan menjadi spamming melalui perkataan tersebut...
SamDol®
Moderator
Pro Racer
Posts: 632
Ada sesiapa yang brani sentuh?? Silakan!!
Gender:
Tolong tambah/tukar moderator untuk section Sales/Trade sebab saya sedi kit-sedi kit masuk, kekadang barang dah lama jual tak di padam lagi... Abang RcMice pun semenjak di Sarawak ni ja rang-jaaaa rang masuk... tinggal Rosdi je yg pantau, itupun kad dang-kad dang...
« Last Edit: 19 September 2006, 09:02:04 AM by SamDol® »
Rosdi™
Administrator
Pro Racer
Posts: 1,329
Angry Machine
Gender:
Wak dah nangis . Wak, saya ada 3 website yang saya kena jaga termasuk qd-race. InsyaAllah, ada 2 lagi akan muncul. Kita sama-sama berganding bahu. Saya akan ikhtiarkan sesuatu untuk elaun para moderator nanti.
SamDol®
Moderator
Pro Racer
Posts: 632
Ada sesiapa yang brani sentuh?? Silakan!!
Gender:
Diharap appoint la moderator-moderator baru yang sedang aktif...
Walaupun kasih dan sayang tak berubah namun aku tinggalkan juga forum ni sekali sekala... maklumlah..... seperti juga hidup berumahtangga... .. dah ada isteri-isteri baru.... isteri pertama kerap ditinggalkan tak macam dulu hari-hari berkepit... nak kena juga layan yang lain-lain.... walaupun kasih pada isteri pertama cukup luar biasa. Penuh dengan asam garam kehidupan.
Di QD-Race inilah aku bertekak dengan Pak Ya...yang akhirnya menjadi sahabat... di situlah aku mengadu hal setelah kena perambat dari Negeri Antah Berantah.... (ada lagi yang ingat kisahku?). Disitu jugalah aku mengenali rakan-rakan yang sama minat (pada waktu itu) dan macam-macam ragam yang telah ditempuhi... namun masa berlalu.... sekali air bah.... sekali pantai berubah... begitu juga lah aku...
Memandangkan korang tengah lantik mod utk forum baru, aku bercadang nak memberi laluan kpd org lain utk menjadi mod.
Sila juga cadangkan calon2 utk menggantikan tempat aku sebagai mod, aku dah penat.... Lagipun, dari segi kelayakan, aku tak main RC, tak punya RC & tak pernah (jarang... jarang) tunjuk muka pun bila ada race, pendek kata, tak cukup ilmu didada teman ni, nicotine je banyak.
Cukuplah utk aku menjadi pemerhati & sekali-sekala memberi pendapat bila perlu. Semoga kita akan dapat moderator yg lebih fresh dari aku yg dah masuk 'X-Fresh'...
Ciao
Aku pun sama macam Jamal. Aku pun dah tak aktif dalam RC ni. Dan Aku juga jadi Admin/Moderator untuk satu forum lain... sebab hobi pun dah bertukar jadi forum pun dah bertukar. Tapi aku tetap kasih dengan QD-race.com.
Saya amat berharap agar saudara Jamal akan terus berada di dalam arena forum memorum ini. Dan saya rasa, bukan saya seorang atau dua orang sahaja yang berpendapat begini. Semua warga QD-Race sebulat suara ingin memohon agar saudara Jamal akan terus menguruskan forum ini dan kami juga ingin pihak tuan punya forum ini melantik saudara Jamal memegang jawatan Pengurus Forum!!! (Site-admin). Ini adalah kerana saudara Jamal memang mempunyai idea-idea yang canggih dalam menguruskan sesebuah forum......(sudah terbukti) Beliau tahu caranya untuk menjadikan forum ini lebih berkembang!
Setakat menjadi moderator, saudara Jamal tidak berpeluang untuk mencurahkan pengalaman beliau dalam mempromosikan forum ini. Banyak lagi features yang admin boleh lakukan untuk menjadikan forum ini lebih berinteraktif (betul ke sebutan ni?).
Akhir sekali, saya amat berharap agar owner forum QD-Race akan melantik saudara Jamal sebagai site-admin dan kita akan lihat hasilnya nanti. Terima kasih.
Bro Jamal, kami tahu ..tugas ini memenatkan tapi siapa lagi yg lebih layak dari abg Jamal...
Korang berdua ni pandai pakat na...
Tujuan saya hanyalah satu, utk memberikan nafas baru kpd forum ini. Kalau ada members yg masih ingat dari mulanya forum Qd-race.com ini wujud, berbagai perbincangan/perbalahan telah saya lalui. Dgn itu juga timbul masalah tidak sehaluan/sependapat. Saya masih ingat siapa members tersebut yg sekarang sudah tak nampak batang hidung. Mungkin sebab saya masih disini atau mungkin mereka sudah hilang minat.
Cara saya menjadi mod adalah secara active & agresif. Bukan seperti setengah mod di forum lain, hanya timbul bila ada masalah, hanya berada dibalik tabir. Setengah members ibaratkan saya seperti kuku besi, semua mesti ikut cara saya.
Jadi, saya ingin mengundurkan diri utk memberikan peluang utk org lain mencorakkan semula forum ini. Bagaimana? Semua terpulang kpd mereka. Seorang member yg 'sangat berpengaruh' pernah mengatakan cara saya menjadi moderator di forum ini adalah seperti gangster. Maaf, saya dah buang IM itu tapi itulah yg dikatakan kpd saya.
Mengenai forum 'PasarRC', jika korang berdua menjadi moderators disini & forum tersebut tidak active, saya ingin memberi cadangan ini. Memandangkan saya berhajat utk membuka forum utk komuniti taman saya, apa kata kalau forum itu dialihkan @ 'convert' menjadi forum Komuniti Bandar Seri Putra'? Struktur akan saya beri, cuma pengisian saja yg masih samar.
Kita fikirkan bersama ayat ini:
"QD-Race.com is not about ONE person, it's about the whole Malaysian RC community. Don't ask what it can do for you but ask what you can do for it!"
Saya amat berharap agar saudara Jamal akan terus berada di dalam arena forum memorum ini. Dan saya rasa, bukan saya seorang atau dua orang sahaja yang berpendapat begini. Semua warga QD-Race sebulat suara ingin memohon agar saudara Jamal akan terus menguruskan forum ini dan kami juga ingin pihak tuan punya forum ini melantik saudara Jamal memegang jawatan Pengurus Forum!!! (Site-admin). Ini adalah kerana saudara Jamal memang mempunyai idea-idea yang canggih dalam menguruskan sesebuah forum......(sudah terbukti) Beliau tahu caranya untuk menjadikan forum ini lebih berkembang!
Setakat menjadi moderator, saudara Jamal tidak berpeluang untuk mencurahkan pengalaman beliau dalam mempromosikan forum ini. Banyak lagi features yang admin boleh lakukan untuk menjadikan forum ini lebih berinteraktif (betul ke sebutan ni?).
Akhir sekali, saya amat berharap agar owner forum QD-Race akan melantik saudara Jamal sebagai site-admin dan kita akan lihat hasilnya nanti. Terima kasih.
Saya menyokong usul ini 100%..

Utk pengetahuan semua, secara tak dirancang, jika cadangan saya diatas itu diterima & menjadi realiti, maka pengurusan QD-Race.com adalah terdiri dari:
1. Pengurusan/Owner: dari KL 2. Moderators: 1 - Sabah & 2 - Penang
Canggih, baru betul2 mewakili MALAYSIA! Hujung ke hujung.
Masa balik dari solat Jumaat tadi, datang idea ini:
Apa kata kita lantik Apimoto, Shahrc & Atlas utk jadi admin/mod utk qd-race.com?
Aku suggest gini ialah sebab mereka buat forum sendiri kerana ingin memberi ruang kpd kawan2 RC utk berkumpul. Bukan utk keuntungan, bukan utk sabotage mana2 forum, bukan juga utk populariti, hanya kerana RC Passion mereka.
Kalau mereka setuju dan pihak pengurusan Qd-race.com pun setuju, maka aku & Rosdi boleh bersara dari menguruskan forum. Forum mereka pula (atlas & MyRc) masih boleh mereka maintain tapi utk mereka 'play around' atau utk perkara lain.
saya juga sependapat dengan En Zul.. CEO kita. Biarlah saya & zul.. concentrate dalam pengurusan rc dan en Jamal teruskan lah menjaga forum ni... Ini kira satu amal jariah juga... inshaAllah... Walau bagaimana pun , saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada en Jamal atas segala usaha en Jamal selama ini..
Sekian
Ha'ah... amal jariah, jadi gardener, menebas lalang je kejenya! Harap2 admin akan buat sesuatu ttg spammers ni!
saya juga sependapat dengan En Zul.. CEO kita. Biarlah saya & zul.. concentrate dalam pengurusan rc dan en Jamal teruskan lah menjaga forum ni... Ini kira satu amal jariah juga... inshaAllah... Walau bagaimana pun , saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada en Jamal atas segala usaha en Jamal selama ini..
Sekian
« Last Edit: 15 September 2006, 10:53:50 AM by Norazam »
Logged
Slow in, fast out - biasa Fast in, Fast out - dah terror But if too fast... Fast out to the PAGAR Slow in to the LONGKANG