ahk... kalo jadi inform aku... aku nak ikut... ok? jangan lupe call aku yerk?!
ps:nak tengok dia putih melepak tak... he he he.
Memang putih melepak......... gigi dia la....
Badan sihat wal-afiat, maklum aje le, tempat sejuk. Aku sembang dgn dia dekat 1 1/2 jam sambil minum teh ais. Aku tunjuk dia kedai hobbizone, kat mana nak lepak, macam mana nak gi Glenmarie... dll. Maklum aje le, 4 tahun diperantauan, banyak dah berubah.
Aku masih ingat pada tahun lepas & tahun sebelumnya, banyak kali buat plan utk gathering diantara members dimana ada peluang. Yang boleh dianggap berjaya diadakan ialah di Ipoh.
Pagi tadi pulak, dpt panggilan 'terkejut' dari AlfracingUK, rupanya dah seminggu balik dari UK, for good. Kami sedang bercadang utk buat appointment 'teh tarik' apabila ada peluang. Maklum aje le, org baru balik oversea ni, 'rumah bergaung' & arrange sekolah anak!
Rasa2nya, nak jumpa dia kat TTWangsa hari Sabtu ni. Boleh lepak2 kat gerai sebelah kedai Hobbizone. Kalau sesapa nak join, sila-silakanlah. Akan aku confirm nanti.
PS: Kreator, boleh ko free utk ke TTWangsa sabtu ni tak? Sekali-sekala, main RC kat TTWangsa le pulak. Subang Speedway nak renovate, ko jgn kacau depa le...