disiarkan oleh berita harian pd 12/3/07 dlm surat & email pembaca
Sukan kereta kawalan jauh kurang perhatian
SAYA adalah peminat kereta kawalan jauh ingin menyarankan kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya memperhebatkan sukan berkenaan memandangkan ia kini kurang mendapat perhatian orang ramai.
Sukan ini juga kurang mendapat publisiti dan hebahan daripada pihak kementerian berbanding di negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand.
Di negara berkenaan, sukan hobi ini begitu mendapat perhatian, begitu juga di Eropah yang mendapat sokongan kerajaan dan swasta. Sukan ini dianggap sebagai salah satu sukan yang menguntungkan dari segi pelancongan dan tukaran wang asing.
Saban tahun sukan ini dianjurkan pada peringkat dunia dan semua pelumba dunia datang untuk menyertainya dan memeriahkan lagi sukan hobi ini.
Harapan saya semoga pihak kementerian dapat membantu menghidupkan lagi sukan hobi di negara ini seterusnya pada peringkat global.
ADLAN CHE NOH,
Dungun, Terengganu.
** sebenarnya byk lg yg aku tuliskan utk berita harian tu..tp itu je yg disiarkan




















Author


Logged

















Mungkin MNC Rd. 2 ni, harap masok dlm tv ke 
Ada gambor rc besor2 tuu (front page). Pada mulanya macama tak percaya saja 


