Your Ad Here

~! SERVER UNDER UPGRADING AND MAINTENANCE !~

Malaysian R/C Community Board

Welcome, Guest. Please login or register.
20 May 2012, 08:30:30 AM

Login with username, password and session length
New mods and features have been added. Please do browse around.

HomeHome HelpHelp SearchSearch CalendarCalendar DonationsDonations GalleryGallery LoginLogin RegisterRegister
+  Malaysian R/C Community Board
|-+  General Category
| |-+  Announcement (Moderators: X-Mod, SamDol®, shahrc)
| | |-+  Derita KuTanggung Sendiri! Sebuah DOA untuk ROSDI!
« previous next »
Pages: [1] 2 Go Down Print
Author Topic: Derita KuTanggung Sendiri! Sebuah DOA untuk ROSDI!  (Read 2251 times)
« Reply #35 on: 30 September 2004, 03:42:03 PM »
Offline Rosdi™
Administrator
Pro Racer
*****
Posts: 1,329
Angry Machine
Gender: Male

WWW
ha... nko suka makan mende mende tu... kurang kurangkan la yer?!...

ps: aku makan nasik + ayam + kicap jer.... minum jangan cakap laaaaaaa... badan aku besar kerana air (mak aku cakap laaaa)...

 Grin

Kicap tu buat dengan apa? - kacang soya bang. Saya juga adalah penggemar kicap. Kalau balik Perlis, mau 4-5 botol angkut ke KL. Kicap sana sedap dan murah. Yang boleh tanding cuma Cap Kipas Udang, tapi mahal.

Semalam ingat nak bawa balik JJ stand (tiub) untuk tatapan umum. Disebabkan malu-malu kucing dengan nurse-nurse yang dah tengok saya punya, tak jadi.

Satu lagi: Jangan kecoh sangat pasal mineral water yang mahal seperti yang dihebohkan dalam tv dan newspaper. Memang kena jual mahal untuk tampung kos-kos yang terlibat.

Alternative: RO water cuma RM0.20 seliter. Sekarang dah banyak machine RO di kawasan-kawasan tertentu.

Baru pagi tadi sembang dengan member (Chinese), kawan dia sudah rosak kedua-dua buah pinggang sebab batu karang. Dia lewat ke hospital, lagipun dia ni banyak MINUM. Kesian.
Logged

« Reply #34 on: 30 September 2004, 11:30:09 AM »
Offline Hairi
Intermediate
***
Posts: 242
Gender: Male

Hang ok la lagi...Aku makan roti arab je...Ikut Sunnah Nabi...  Smiley
Logged

« Reply #33 on: 29 September 2004, 06:43:56 PM »
Offline TaWiLz™
Pro Racer
*****
Posts: 627
ohok... ohok... ohok!!!
Gender: Male

WWW
Alhamdullillah...semua dah selamat... Eeei ngeri saya dengarnya bang. Anyway thanks bro sebab kasi info tentang sakit tu...



ha... nko suka makan mende mende tu... kurang kurangkan la yer?!...

ps: aku makan nasik + ayam + kicap jer.... minum jangan cakap laaaaaaa... badan aku besar kerana air (mak aku cakap laaaa)...

 Grin
« Last Edit: 29 September 2004, 06:45:06 PM by TaWiLz™ » Logged


« Reply #32 on: 29 September 2004, 05:34:26 PM »
Offline Hairi
Intermediate
***
Posts: 242
Gender: Male

Alhamdullillah...semua dah selamat... Eeei ngeri saya dengarnya bang. Anyway thanks bro sebab kasi info tentang sakit tu...

Logged
« Reply #31 on: 29 September 2004, 04:57:23 PM »
Offline TaWiLz™
Pro Racer
*****
Posts: 627
ohok... ohok... ohok!!!
Gender: Male

WWW
berdoa la semua... you're the hero bro!!!...

ps: tak berkenan ngan orang yang pakai kemenyan... eeeeiiii...

 Cool
« Last Edit: 29 September 2004, 04:58:15 PM by TaWiLz™ » Logged


« Reply #30 on: 29 September 2004, 03:08:17 PM »
Offline Rosdi™
Administrator
Pro Racer
*****
Posts: 1,329
Angry Machine
Gender: Male

WWW
Ini adalah sedikit cerita dan ikhtibar yang boleh anda semua menafaatkan.

Hari ini sudah lengkap prosedur di HUKL.

Saya ni datang dari keluarga yang sederhana, hanya cukup makan. Sejak saya kecil, saya sudah terlibat dengan ikan masin dan ikan bilis dan inilah makanan yang paling baik pada masa itu.

Setelah saya belajar ke peringkat yang lebih tinggi dari tahun 1989 hingga 1995, ikan masin, ikan bilis, ikan sardin tin, mee segera dan ntah apa-apa segera lagi, dah jadi makanan harian.

Saya juga gemar makan hati ayam/lembu, perut lembu bakar, daging bakar, seafood. Ni, bila balik kampung. Selalu ke Kuala Perlis cari siput dalam selut. Macam-macam jenis siput ada. Makanan laut juga murah dan fresh.

Saya mendapat signal yang saya ada batu karang semenjak 1995 lagi. Masa itu, kencing saya tidak lawas, mesti ada setitik dua waktu rukuk/sujud. Paling nyata, selepas kahwin tahun 1996, saya pengsan tengahmalam sewaktu di tandas, nasib kepala tak terhentak di mangkuk tandas. Sebulan dua, perut memulas, nak muntah, tapi bukan nak ke bilik air atau muntah. Seharian bergulung menahan sakit. Masa tu buat tak tau, sebab tak sangka yang simptom itu adalah batu karang.

Lepas dari itu, memang tak rasa apa, cuma kencing masih tak lawas sehingga awal tahun 1998, sekali lagi bergulung tahan sakit. Pada hari Jumaat bulan March 1998, dah teruk.

Lepas Jumaat, saya terus ke KBMC untuk rawatan dan disahkan ada batu karang. Sabtu, saya di proses guna skop tapi prosedur itu gagal dan terpaksa di bedah. Keluarlah seketul batu karang yang lebih kurang besar biji kurma, cuma ia bergigi tajam.

Setelah sekian lama, tahun 2003, ia datang kembali. Dah bergulung menahan sakit di ofis dan terpaksa di kejarkan ke kecemasan Hospital Universiti. Sah, ada lagi. Ogos 2003, masuk operation theater di HUKL dan mereka guna skop dan disumbatnya JJ Stand (tiub) dari buah pinggang ke pundi kencing (blader). Stand itu terlalu panjang dan menyakitkan. Perkara ini tidak saya sedari sehingga sakit teruk sebulan dua ini.

Stand itu terpaksa dikeluarkan dan terdapat banyak batu karang bersamanya. Saya terpaksa diwadkan selama 3 hari sebab ini adalah middle operation prosedure. Selama setahun tersebut, memang ada batu yang keluar semasa kencing sebab saya minum ubat akar kayu cara tradisional. Stand baru terpaksa dimasukkan lagi sebab masih banyak batu terdapat dalam saluran kencing. Bayangkan bagaimana mereka buat kerja masukkan paip dari bawah (saluran kencing) hingga ke buah pinggang. Paip (tiub) tu lebih kurang sekaki lebih, besarnya, kecil sikit dari paip minyak GP R/C.

Hari ni, stand tersebut dah dibuang tanpa bius. Ia ambil masa dalam 5 minit sahaja. Ia ditarik menggunakan skop dari bawah (saluran kencing). Ngeri ooooo. Bayangkan. Pedih? ada la sikit, tapi tengok muka nurse muda-muda, hilang sikit ngeri. Merekapun dah hari-hari tengok BENDA kita tu.

Sekarang, alhamdulillah, sihat dan tak rasa sakit lagi, cuma kencing ada pedih sedikit sebab luka masa buang stand tadi. InsyaAllah, semua akan selamat dan saya perlu jaga pemakanan yang mana saya ingin kongsikan bersama.

Awas:

1. Jangan ambil banyak ikan masin/ikan bilis/sardin tin/mee segera/etc segera
2. Kurangkan seafood dan jangan makan kulit dan kepada udang/ketam
3. Banyakkan minum air (min 8 gelas sehari). Air juga perlu RO (reverse osmosis) kalau boleh sebab air sekarang dah teruk. Setakat air tapis, masih banyak benda ada di dalam seperti kuprum, plumbum, magnesium dll. Carilah RO machine yang RM2K - RM4K. Sekarang boleh beli secara 0% credit card.
4. Hati ayam/lembu perlu dikurangkan
5. Banyak minum air jus limau nipis
6. Kurangkan kacang panjang/bayam/kobis bunga/soya bean/tauhu dan seangkatannya
7. Banyak lagi... termasuk air gas

Semua di atas akan menyebabkan kandungan uric asid yang berlebihan. Ingat, buah pinggang anda adalah seperti penapis air atau minyak. Kalau dah penapis dah tersumbat, apa akan terjadi. Saya alhamdulillah, buah pinggang masih elok walaupun pressure beberapa tahun. Ada beberapa kes yang mana buah pinggang pesakit sudah rosak. Buah pinggang tak ada spare parts.

Dapatkan ubat cuci buah pinggang anda untuk keluarkan segala toksin dan bahan keladak.

Bayangkan, kalau air dibiarkan, ia akan berkeladak. Begitu juga air dalam badan.

Simptom:

1. Kencing tidak lawas
2. Sakit pinggang berpanjangan
3. Senak perut memulas macam ada angin tapi bukan nak ke tandas
4. Pengsan masa buang air kecil
5. Kencing berdarah
6. Kencing lebih dari 8 kali (normal) sehari

Kalau ada tanda-tanda tersebut, cepat-cepatlah ke hospital untuk ujian air kencing dan xray. Jangan dibiarkan. Anda boleh buat cara tradisional, cuma nasihat saya, lepas itu, pergilah xray sebab pengamal perubatan tradisional tak da machine xray dan dia juga tak nampak apa yang ada dalam saluran kencing anda.

Pada Muslim, JANGAN sesekali guna cara ghaib atau cara ntah apa-apa main jampi dari jauh-jauh. Tak ada ubat yang dibekalkan. Saya buat cara tradisional bukan dengan bomoh, jiran saya di kampung yang kerja sembelih lembu saja. Dia tolong cari akar kayu untuk direbus minum. Cara ghaib ni, mungkin ada pengantara dan ingat anda boleh syirik terus (tidak masuk syurga selama-lamanya) dengan Allah.

Moga coretan saya menjadi iktibar untuk semua member sekelian. Jaga makan dan minum anda. InsyaAllah, saya dah boleh aktif semula. Tangan dah gatal nak pegang remote.

Kadang teringat juga perit dalam tandas lepas skop. Lebih kurang sejam ler nak kencing. Keluarlah darah, darah beku, bukan setakat merah, hitam, semua ada. Pedih sungguh. Kencing berdarah mau seminggu baru nak hilang.

Terima kasih buat semua member yang mendoakan saya selamat dan sokongan member semua.
Logged

« Reply #29 on: 16 September 2004, 01:32:22 PM »
Offline Hairi
Intermediate
***
Posts: 242
Gender: Male

astaghfirullah...selalu masuk topik lain tak perasan topik ni...alhamdulillah brader rosdi kita dah selamat, semoga sembuh sentiasa...amin... Smiley
Logged
« Reply #28 on: 14 September 2004, 08:06:37 PM »
jamaldmaz
Guest
Assalamualaikum

Alhamdulillah...sekarang dah faham :)Oleh itu, sekali lagi saya memohon maaf; terutama buat En. Rosdi di atas hal ini :-\MAAF Lips sealed

Tentang Yassin tu saya tahu la tapi takziah ni...tertinggal sikit Cool

Kasar ???Budak2 mane reti terasa ;DJust takut nanti ada orang lain yang marah pulak sebab ketidaksesuaian perkataan yang saya gunakan Undecided

p/s:Thanks untuk En. Jamal sebab informkan tentang perkara ni kepada saya.Kalau tak, mungkin banyak kali dah saya ulang benda ni :-\Thanks

Thanks


TERIMA KASIH kerana memahami. Inilah sikap yg perlu ada diantara members disini.

Masa beredar, zaman berubah. Bahasa tetap tidak akan berubah maksudnya. Hanya cara kita menggunakannya saja.

Zaman ni dikenali sebagai ZAMAN SMS, semuanya kena shortform, ringkas tapi perlu difahami oleh semua org. Maklum saja, masa telah meninggalkan kita, jadi kita perlu sentiasa mengejarnya.

Ciao
 Cool
Logged
« Reply #27 on: 14 September 2004, 06:39:28 PM »
Offline TaWiLz™
Pro Racer
*****
Posts: 627
ohok... ohok... ohok!!!
Gender: Male

WWW
jangan risau... tuan rosdi kita tu sporting orangnya... dia paham... biasa laaaaaa... bebudak sekarang ni bahasa lain macam sket...

 Grin
Logged


« Reply #26 on: 14 September 2004, 05:38:05 PM »
Offline M_Syafiq
Intermediate
***
Posts: 191
:-)
Gender: Male

Er... takziah sering dihubungkait dgn kematian. Memang betul, perkataan takziah tidak bermaksud kematian, mengikut translasi BI, condolence. Tapi kita dah terbiasa dgn hubungkait begitu.

Serupa juga dgn amalan pembacaan yasin apabila ada kematian. Pembacaan yasin juga digalakkan utk org yg tengah nazak, agar diberi petunjuk, dipelihara & diperkenankan Tuhan agar sembuh. Tapi disebabkan dah ter'biasa' dgn hubungkait "baca yasin bila ada kematian", maka tak ramai yg mahu membaca yasin utk org nazak sekarang ni. Sebab... nanti org kata kita harapkan org tu mati cepat.  Sad Sad Lips sealed Undecided

Maka, maaf jika cara teguran ini dilihat sebagai kasar tapi kita terpaksa mengikut peredaran masa & 'sensitivity' semasa.

Ciao
 Cool

Assalamualaikum

Alhamdulillah...sekarang dah faham :)Oleh itu, sekali lagi saya memohon maaf; terutama buat En. Rosdi di atas hal ini :-\MAAF Lips sealed

Tentang Yassin tu saya tahu la tapi takziah ni...tertinggal sikit Cool

Kasar ???Budak2 mane reti terasa ;DJust takut nanti ada orang lain yang marah pulak sebab ketidaksesuaian perkataan yang saya gunakan Undecided

p/s:Thanks untuk En. Jamal sebab informkan tentang perkara ni kepada saya.Kalau tak, mungkin banyak kali dah saya ulang benda ni :-\Thanks


Thanks
« Last Edit: 14 September 2004, 05:41:27 PM by M_Syafiq » Logged

I'm rookie.Open to any advice
« Reply #25 on: 13 September 2004, 06:49:13 PM »
Offline TaWiLz™
Pro Racer
*****
Posts: 627
ohok... ohok... ohok!!!
Gender: Male

WWW
8)Semoga sihat dan sentiasa di dalam pemeliharaan Allah. Amin.

amin
Logged


« Reply #24 on: 13 September 2004, 11:31:23 AM »
Offline wek
Newbie
*
Posts: 21
"Agik Idup Agik Ngelaban"
Gender: Male

 8)Semoga sihat dan sentiasa di dalam pemeliharaan Allah. Amin.
Logged
« Reply #23 on: 12 September 2004, 01:18:04 AM »
Offline alfracinguk
Jr. Racer
**
Posts: 66
alfracing-UK
Gender: Male

lambat tahu hal ini...
selalu masuk forum tak perasan lak...

anyway, hope semuanya dah selamat and tuan rosdi dah sembuh seperti sediakala.

alhamdullillah..............
Logged
« Reply #22 on: 10 September 2004, 11:00:11 AM »
jamaldmaz
Guest
Apa maksud tu ???Saya ada salah cakap ke ???Maaf dipinta Undecided

Sorry Cry


Er... takziah sering dihubungkait dgn kematian. Memang betul, perkataan takziah tidak bermaksud kematian, mengikut translasi BI, condolence. Tapi kita dah terbiasa dgn hubungkait begitu.

Serupa juga dgn amalan pembacaan yasin apabila ada kematian. Pembacaan yasin juga digalakkan utk org yg tengah nazak, agar diberi petunjuk, dipelihara & diperkenankan Tuhan agar sembuh. Tapi disebabkan dah ter'biasa' dgn hubungkait "baca yasin bila ada kematian", maka tak ramai yg mahu membaca yasin utk org nazak sekarang ni. Sebab... nanti org kata kita harapkan org tu mati cepat.  Sad Sad Lips sealed Undecided

Maka, maaf jika cara teguran ini dilihat sebagai kasar tapi kita terpaksa mengikut peredaran masa & 'sensitivity' semasa.

Ciao
 Cool
« Last Edit: 10 September 2004, 11:09:11 AM by Jamal D'Maz© » Logged
« Reply #21 on: 09 September 2004, 01:46:32 PM »
Offline M_Syafiq
Intermediate
***
Posts: 191
:-)
Gender: Male

Takziah!?!? Jauh panggang dari api!

Ciao
 Cool

Apa maksud tu ???Saya ada salah cakap ke ???Maaf dipinta Undecided

Sorry Cry
Logged

I'm rookie.Open to any advice
« Reply #20 on: 09 September 2004, 01:43:15 PM »
jamaldmaz
Guest
Assalamualaikum

Batu karang ke ???Takziah saya ucapkan :-\Mudah-mudahan cepatlah sembuhnya Wink

Thanks



Takziah!?!? Jauh panggang dari api!

Ciao
 Cool
Logged
« Reply #19 on: 09 September 2004, 01:35:50 PM »
Offline M_Syafiq
Intermediate
***
Posts: 191
:-)
Gender: Male

Kencing masih berderu-deru dengan darah, bukan setakat merah, malah hitam.

Assalamualaikum

Batu karang ke ???Takziah saya ucapkan :-\Mudah-mudahan cepatlah sembuhnya Wink

Thanks
Logged

I'm rookie.Open to any advice
« Reply #18 on: 09 September 2004, 12:54:31 PM »
Offline SamDol®
Moderator
Pro Racer
*****
Posts: 632
Ada sesiapa yang brani sentuh?? Silakan!!
Gender: Male

WWW
Alhamdulillah dah selamat..
Jangan lupa air Gau ke mana-mana...
Logged

Smiley Smiley Smiley  de 9W2ALZ    cherio bye-bye 73
http://9w2alz.wordpress.com
« Reply #17 on: 09 September 2004, 11:50:57 AM »
Offline Rosdi™
Administrator
Pro Racer
*****
Posts: 1,329
Angry Machine
Gender: Male

WWW
Pandai lah nkau Mal.

Along tu, Along yang pernah bersama di Glenmarie.
Logged

« Reply #16 on: 09 September 2004, 11:41:39 AM »
jamaldmaz
Guest
Terima kasih semua, Alhamdulillah, dah keluar wad semalam. Kencing masih berderu-deru dengan darah, bukan setakat merah, malah hitam.

InsyaAllah, minta semuanya selamat kerana qd-race.com dan Along ada misi besar lepas ni (kalau ada rezeki).


Kira2 ko gi tukar minyak hitam yg lama @ engine flush ye...

Minta penjelasan kpd members tentang siapa nama sebenar Along, supaya members tak kelirukan dgn 'AhLong - pinjam wang bayar wang-wang'!  Grin Grin

Ciao
 Cool
« Last Edit: 09 September 2004, 11:42:15 AM by Jamal D'Maz© » Logged
Pages: [1] 2 Go Up Print 
« previous next »
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1 RC3 | SMF © 2001-2006, Lewis Media
SMFone design by A.M.A, ported to SMF 1.1 RC3 by Aäron.
Altered and Moded by Rosdi Bin Ahmad.
Affiliate: Qd-race.com  |  Uptrend2u.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 1.51 seconds with 20 queries.






View Counter